Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

February 8, 2011

Home » » Barat Terus Perlekeh Islam

Barat Terus Perlekeh Islam

TERDAPAT tujuh lautan yang ada di muka bumi ini. Namun biar seluas mana pun lautan tersebut ia tidak sesak dengan kapal-kapal yang belayar. Tetapi berbeza dengan pelayaran di alam siber. Keadaannya sungguh sesak, padat dan penuh dengan pelbagai 'pengaruh'.

Pengaruh yang sampai itu pula mampu menakluk negara-negara yang menjadi persinggahan dan akibatnya meninggalkan pelbagai kesan global. Buktinya, apabila ada seorang pemuda Islam, Melayu berusia 32 tahun baru-baru ini membuat pengakuan dia seorang gay dalam menjayakan kempen homoseks seluruh dunia.

I'm Gay and I'm Okay, itu tajuk salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia. Ia Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Kita percaya pemuda ini tidak perlu bersusah payah pergi ke Barat bagi mendapatkan bahan-bahan untuk menyongsangkan dirinya.


Sebaliknya, cukup dengan pelayaran di alam siber yang boleh memuat turunkan pelbagai bahan yang dikehendaki dan sokongan dari golongan songsang tersebut bagi membolehkan dia menyebarkanluaskan lagi perlakuan yang cukup keji itu.

Mangsa agenda Barat? Sebelum ini kita diminta supaya bersedia menghadapi kesan globalisasi. Antaranya supaya bersikap lebih terbuka dan mengurangkan prejudis terhadap Barat.

Supaya apa juga maklumat dan pengaruh yang sampai, kita tidak mudah melatah dan dapat disaring untuk diambil intipatinya.

Namun, buku ini menjelaskan kepada kita bahawa umat Islam tidak akan pernah terlepas dari diusik oleh Barat. Mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)

Ayat tersebut menjadi dalil supaya kita beringat dan berhati-hati terhadap Barat dalam pada kita mengamalkan sikap terbuka dan tidak berprasangka buruk terhadap mereka itu.

Melalui buku Pandangan Negatif Barat Terhadap Islam, penulisnya, Lutfi Mustafa El-Baynani membedah satu demi satu persoalan mengenai pandangan negatif Barat terhadap Islam, bermula pada Bab Pertama dengan meletakkan pada neraca kebenaran mengenai kisah-kisah Nabi Isa menurut al-Quran.

Ia supaya kisah-kisah Nabi Isa mulai kisah ibunya, Siti Maryam, baginda dilahirkan sehinggalah kisah baginda diangkat ke langit tidak diselewengkan kerana penulis mahu umat Islam memahami kebenaran hanya ada pada Islam.

Tidak ada pada agama lain yang walaupun ada sesetengah agama itu berasal dari langit atau agama samawi. Akibat suka mengubah-ubah mengikut pelbagai kepentingan peribadi sesetengah pihak menyebabkan ada penganutnya menjadikan permusuhan terhadap umat Islam sebagai sebahagian dari ajaran.

Sebagaimana Allah telah memberikan amaran, dalam firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka. (al-Baqarah: 120)

Sesetengah kalangan anti-Islam itu berpendapat tidak perlu untuk bertukar agama secara rasmi, asalkan sahaja umat Islam dapat dimurtadkan dan berpaling jauh dari Allah dan Islam, sudah lebih daripada memadai.

Mungkin perbuatan gay yang sangat menyerupai perbuatan kaum Nabi Lut tidak sampai ke tahap menyebabkan seseorang itu murtad atau terkeluar dari Islam, nauzubillah.

pengaruh sosial adalah antara dakyah yang digunakan bagi mereka dan melalaikan umat Islam. Ini termasuklah hubungan seks songsang akibat terpengaruh dari pelbagai gejala sosial yang negatif.

Ia menjerumuskan umat Islam dengan pelbagai perkara yang merugikan dan merosakkan diri termasuk terlanjur dalam hubungan berlainan jantina dan sama jenis.gerakan Barat atas nama agama yang cuba melemahkan umat Islam dari segala aspek

Ini termasuklah gerakan untuk memusnahkan individu Muslim melalui gerakan sosial, seks bebas pemusnahan akhlak, menghalalkan pelacuran, gejala bohsia, gadis pelayan pelanggan, gigolo dan sebagainya.

Gerakan memusnahkan keluarga dan masyarakat Islam, minda umat Islam, gerakan menghapuskan al-Quran dan segala ajaran, gerakan merosakkan imej umat Islam (melalui lakaran kartun-kartun yang bersifat biadab), gerakan merosakkan imej wanita Islam dan sebagainya.

Jika kita perhatikan semua topik yang dikupas itu sebahagian besar adalah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Jika ada yang masih hendak mendaulatkan Barat pada perkara-perkara yang maksiat, jahat dan menyesatkan, sesungguhnya kalangan Barat itu sendiri adalah sesat.

Allah telah memberi amaran kepada mereka melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakankanlah Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu diluar kebenaran, janganlah pula kamu mengikut kehendak hawa nafsu dari golongan yang sesat sejak dahulu dan menyesatkan pula kebanyakan manusia dan mereka sesat dari jalan yang lurus. (al-Maidah: 77)

Dalil yang cukup kuat yang membuktikan bahawa golongan anti Islam dari Barat sentiasa mencari umat Islam untuk dijadikan mangsa dan dimangsai.


No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..