Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

February 20, 2011

Sedekah - Pendinding api neraka ..

BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka.Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).

Apatah lagi dalam kita melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan, yang merupakan bulan rahmat, bulan keampunan, bulan diturunkan di dalamnya al-Quran, bulan jihad dan bulan dilipatgandakan ganjaran pahala.

Oleh kerana hari ini genap 10 hari kita berpuasa, maka masih tidak terlambat lagi untuk merebut ganjaran pahala daripada amalan sedekah sempena bulan penuh keberkatan ini.

Sayangnya amalan bersedekah ini semacam bermusim, hatta pada bulan Ramadan jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. 

Semoga panduan dan pesanan daripada Ketua Unit Syariah dan Penerangan, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Shukri Yusoff yang ditemui baru-baru ini, dapat dijadikan bimbingan bersama. 

Soalan: Apakah pengertian sedekah dan terangkan bentuk-bentuk sedekah sebagaimana yang disarankan oleh Islam?

Jawapan: Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah : benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.

Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan. 

Malah apabila kita menyebut sedekah ini, hukumnya sunat, berbeza dengan nazar dan zakat. 

Pun begitu, apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah, segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis ini, Nabi hendak menceritakan tentang bentuk-bentuk sedekah yang disebut di dalam hadis ini, iaitu Sesungguhnya bertasbih itu merupakan sedekah dan setiap takbir juga merupakan sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah. Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah. 

Apabila sampai kepada soalan bersama dengan isteri, maka sahabat bertanya lagi: "Adakah kami mendatangi isteri kami ini juga dikatakan sebagai satu bentuk sedekah? Lantas jawab Baginda: Apabila kamu mendatangi isteri kamu dan menunaikan hajat kamu, maka kamu akan mendapat pahala tetapi jika kamu mendatangi wanita lain yang bukan isteri kamu, sudah tentu ini merupakan satu bentuk dosa.

Hadis ini sebenarnya juga tidak bermaksud, apabila kita melakukan perkara-perkara di atas, menandakan kita sudah terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab bersedekah.

Gembira

Apa yang Rasulullah ingin tegaskan di sini, hanya sebagai satu berita gembira kepada orang yang tidak berkemampuan melakukan sedekah kebendaan. 

Pun begitu, makna sedekah yang sebenar-benarnya mengikut takrif ajaran Islam, ialah dalam bentuk harta, duit, aset dan sebagainya.

Mengapakah sedekah ini perlu dalam bentuk harta? Ini kerana kalau sebut sahaja harta, duit, barangan atau aset, pastinya ia adalah sesuatu yang amat berharga dan amat disayangi. Berbeza kalau kita kita bersedekah dengan tenaga. Ia diumpamakan seperti tidak ada sebarang makna atau nilai.

Selain itu, perkataan sedekah jika bersandarkan kepada al-Quran dan hadis, sebenarnya ia dalam bentuk harta. Ini ditekankan lagi, apabila Nabi s.a.w. membuat contoh, bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada tamar. Nabi menggunakan benda, ini menjelaskan bahawa sedekah dalam konsep Islam ialah harta benda tanpa menafikan sedekah dalam bentuk-bentuk lain. 

Segelintir berpendapat, sekiranya sedekah itu sunat, maka pekerjaan ini boleh dibuat ataupun ditinggalkan. Adakah begitu juga kepada amalan bersedekah?

Itu memanglah betul tetapi sebenarnya di dalam hidup kita, kalau boleh kita hendak mencapai darjat yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t.

Hakikatnya, tawaran syurga yang Allah berikan kepada kita itu, terdapat banyak pintu, di antaranya Babus Sadakah iaitu Pintu Sedekah. Jadi mudah-mudahan, jika sedekah ini kita dapat jadikan sebagai satu budaya di dalam kehidupan, insya-Allah kita akan berpeluang masuk melalui pintu ini. 

Diseru

Hal ini diperkukuhkan dengan hadis sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang membelanjakan sepasang kuda, unta atau sebagainya untuk digunakan dalam perjuangan di jalan Allah, maka namanya diseru dari dalam Syurga: ''Wahai hamba Allah! Pintu ini adalah lebih baik. Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli sembahyang (orang yang sempurna sembahyangnya) maka dia diseru dari Bab Solat (pintu sembahyang). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Jihad (orang yang berjuang di jalan Allah), maka dia diseru dari Bab Jihad (pintu jihad). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), maka dia diseru dari Bab Sadaqah (pintu sedekah) dan sesiapa yang tergolong dari golongan orang yang suka berpuasa, maka dia akan diseru dari Bab Ar-Rayyan (pintu Ar-Rayyan).'' Abu Bakar As-Siddiq bertanya: ''Wahai Rasulullah! Adakah setiap orang semestinya akan diseru dari pintu-pintu tersebut. Adakah tidak mungkin seseorang itu diseru dari kesemua pintu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Benar! Aku berharap bahawa engkau termasuk di antara orang yang namanya diseru dari semua pintu. (Riwayat Muslim)

Keutamaan bersedekah adalah lebih digalakkan pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Apakah keistimewaannya bersedekah pada bulan ini?

Rasulullah s.a.w. ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdal?'' Jawab Baginda: Kamu bersedekah dalam bulan Ramadan. (Riwayat Muslim)

Bulan Ramadan ini banyak keistimewaannya; Pertama, ia adalah nas, Rasulullah bersabda: Kelebihan orang yang bersedekah dalam bulan Ramadan ini, ia umpama satu akademik untuk melatih. Apatah lagi, tujuan yang paling besar daripada ibadah Ramadan ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Jadi, di antara bentuk bukti ketakwaan itu ialah sekiranya berharta, maka diinfakkan atau disedekahkan.

Amalan

Kedua, amalan sunat sepanjang sebulan pada bulan Ramadan ini, diletakkan oleh Allah seolah-olah dia melakukan perkara-perkara wajib. Pahala itu memang berbeza. Manakala, perkara wajib pula, digandakan sebanyak 70 kali.

Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis bermaksud: Menunaikan perkara-perkara sunat dalam bulan Ramadan dikira melakukan perkara fardu di bulan yang lain. Manakala, melaksanakan satu kefarduan sepanjang bulan ini, adalah seolah-olah melakukan 70 kefarduan pada bulan lain.

Selain itu, Ramadan seringkali juga dikaitkan dengan pekerjaan-pekerjaan untuk menolong dan meringankan bebanan orang susah. Tambahan pula Baginda menggelarkan bulan Ramadan sebagai `shahrul musawah' atau bulan prihatin.

Di samping itu, sabda Rasulullah: Kalau manusia tahu kelebihan Ramadan, nescaya mereka mahu setiap tahun itu Ramadan.

Di dalam hadis lain pula diterangkan, daripada Jabir, katanya, "Apabila akhir malam Ramadan, maka menangis langit dan bumi, dan malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad." Lalu para sahabat bertanya, Apakah musibah itu?" Kata Nabi s.a.w. "Kerana perginya Ramadan. Doa di dalam bulan Ramadan adalah mustajab, sedekah diterima, kebaikan digandakan dan azab pula ditolak.

Kategori penerima yang bagaimanakah layak menerima pemberian sedekah serta apakah aspek yang menjadi keutamaan dalam amalan ini?

Dalam hal ini sedekah yang paling perlu kita berikan ialah kepada kaum kerabat kita. Mengapa Nabi sebutkan begitu? Menurut Baginda, apabila kita memberi kepada kaum kerabat, kita akan memperoleh dua pahala, iaitu pahala menghubungkan silaturahim dan kedua, pahala sedekah itu sendiri.

Juga ditegaskan di sini, supaya kita tidak sekadar melihat orang jauh tetapi melihat mereka yang rapat dengan kita, seperti ibu bapa, adik-beradik, bapa atau emak saudara, sepupu. Ini juga tidak bermaksud kita tidak perlu membantu orang jauh tetapi janganlah sehingga meminggirkan orang yang terdekat dengan kita.

Saranan

Bayangkan sekiranya semua umat Islam melakukan seperti saranan Rasulullah, insya-Allah tidaklah kesusahan yang wujud membawa kepada kehidupan yang melarat sehingga tidak cukup makan dan minum atau perkara-perkara asas di dalam kehidupan.

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. janjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim)




Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam.

Begitulah betapa besarnya kelebihan yang akan diperoleh oleh mereka yang bersedekah. Selain itu, bersedekah juga dianjurkan kepada orang lain, sama ada individu atau kumpulan, institusi yang memberikan kita pendidikan serta tidak ketinggalan institusi kebajikan yang sentiasa memerlukan bantuan dan sumbangan para dermawan.

Anjuran bersedekah ini juga digalakkan kepada golongan orang miskin, cuma yang betul-betul Nabi tekankan ialah jangan mengabaikan mereka yang dekat dengan kita, terutamanya anak yatim.

Ia berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 15 bermaksud: (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat. 

Ada hadis yang menyuruh kita bersedekah dengan benda-benda yang elok tetapi yang banyak berlaku sekarang, orang bersedekah dengan benda-benda yang sudah tidak diperlukan lagi?

Seelok-eloknya, apabila kita hendak bersedekah, hendaklah kita memberi benda yang terbaik. Firman Allah bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui. (Ali Imran: 92)

Mendidik

Ini menjelaskan bahawa al-Quran mendidik manusia supaya menyumbang atau bersedekah dengan apa yang kita sayang untuk mencapai darjat kebaikan. Maka apabila kita bersedekah dengan benda yang tidak kita sayangi atau tidak diperlukan lagi, ia sudah bercanggah dengan kehendak dan suruhan Allah kepada kita untuk bersedekah.

Tidak dinafikan juga ada orang yang bersedekah dengan alasan jika tidak diberikan, ia tetap akan dibuang atau menjadi sampah, jadi satu cara ialah dengan bersedekah dan itulah yang berlaku semasa bencana tsunami melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara, apabila mereka menerima pakaian yang sewajarnya dilupuskan.

Di sinilah terletaknya sikap kita yang tidak prihatin dan mengambil peluang di atas nama sedekah itu untuk berbuat sebegitu. Hakikatnya, orang Islam atau saudara sesama Islam ini, mereka mempunyai harga diri. Sudahlah dia berada di dalam keadaan susah, kemudian melihat pula bantuan yang tidak seberapa, ia bukannya dianggap sebagai pertolongan kepada mereka, malah satu bentuk hinaan. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.

Bagaimana pula halnya mereka yang memberitahu kekurangan barang tersebut sebelum mensedekahkannya dan menyuruh penerima tersebut membuangnya jika mereka tidak menyukainya?

Benda yang hendak disedekahkan itu, mestilah benda yang baik dan boleh dipakai. Sekiranya ia tidak menepati ciri-ciri ini, maka tidak boleh atau tidak sesuai atau tidak menepati ciri barangan untuk dijadikan sedekah.

Ia bersesuaian dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat meninggal dunia, jadi lelaki tersebut menyebut beberapa perkara sebelum kematiannya.

Di antara tiga perkara yang disebut ialah pertama, Alangkah baik kalau banyak. Kedua, alangkah baik kalau baru dan ketiga, alangkah baik kalau semua sekali.

Maksud daripada 'alangkah baik kalau banyak' ialah, pada suatu hari dia memimpin seorang buta ke masjid. Kemudian apabila sampai ke masjid dipastikan semua urusan si buta itu tadi selesai. Sebelum kematiannya, dia nampak pahala daripada bantuannya. Sebab itulah perasaan terkilannya diluahkan dengan kata-kata tersebut.

Sementara luahan 'alangkah baik kalau baru' pula dikaitkan dengan bantuannya memberikan baju sejuk yang lama kepada seorang sahabat sewaktu menuju ke masjid. Sedangkan baju yang baru, ia pakai. 

Begitu juga dengan kekesalan yang ketiga, iaitu sewaktu rumahnya didatangi oleh seorang miskin yang meminta makanan. Kebetulan di rumahnya ada sekeping roti, jadi diberikan separuh daripadanya sahaja. Pemberian separuh itulah menimbulkan penyesalannya kerana tidak diberikan kesemua roti itu.

Itulah yang dikatakan nilai kebaikan atau nilai sedekah yang perlu manusia buat di dalam kehidupan.

Adakah kisah-kisah yang boleh dikongsikan dengan pembaca mengenai sejarah Nabi bersedekah pada bulan puasa? 

Tidak ada disebut secara tepat, cuma dibayangkan pada bulan puasa ini ialah sifat pemurah Baginda sebagaimana diceritakan oleh Aisyah: "Seperti angin yang bertiupan." Buktinya sehinggakan Baginda tidak meninggalkan sebarang harta selepas pemergiannya.

Sekarang ini, sikap prihatin, sedih dan insaf tidak cukup. Selain itu, seseorang mestilah bertindak mengambil sesuatu langkah yang diperlukan. Barulah ada maknanya rasa kasihan dan sedih.

Rasulullah s.a.w. ada menyebut mengenai suruhan dan galakan bersedekah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya: Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud). Sila huraikan maksud hadis ini?

Di dalam konteks hadis Ibnu Khuzaimah, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang memberi orang berpuasa, makanan untuk berbuka puasa. Istilah `sha-iman' iaitu orang berpuasa, ia umum tidak mengira orang yang kaya ataupun miskin.

Cuma sekiranya, kita pasti ada orang yang susah dan ada orang yang kaya, tentulah kita memberi kepada orang susah dan itu adalah lebih afdal. 

Pun begitu, kalau diambil konteks hadis di atas ialah umum, maka makanan tersebut boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang berpuasa tidak kira apa taraf hidup mereka.

Bagaimanakah amalan bersedekah ini boleh kita jadikan satu bentuk kebiasaan atau menjadi budaya dan tidak hanya popular atau semarak pada bulan Ramadan?

Bulan Ramadan orang mengejar kepada ganjaran pahalanya yang berlipat kali ganda tetapi sebenarnya, kehidupan kita ini bukan hanya di dalam satu bulan ini sahaja. 

Sepatutnya bulan ini dijadikan satu masa atau tempoh latihan, tarbiah atau pendidikan. Malah ia tidak terbatas kepada sedekah sahaja tetapi amalan-amalan sunat yang lain seperti qiamullail, tadarus al-Quran, berbuat baik dan banyak lagi. 

Bagi saya dan menerusi penelitian sendiri, tempoh 30 hari ini, cukup untuk menjadikan bersedekah itu satu budaya kepada kita tetapi dengan syarat, ditanamkan kesungguhan, keazaman dan niat yang ikhlas.

Soal sedekah ini payah dilakukan kerana ia melibatkan satu sumbangan benda yang kita sayangi. Berbeza dengan amalan lain seperti sembahyang, berzikir, bantuan tenaga dan lainnya. Apatah lagi, pulangan daripada sedekah ini tidak nampak dengan mata kasar. 

Hakikatnya, apabila kita bersedekah, harta kita bertambah. Inilah janji Allah kepada mereka yang melaksanakannya sejajar dengan hadis Baginda bermaksud: Ya Allah, berikanlah orang yang menginfakkan harta mereka dan bersedekah itu balasannya. Doa ini bukan sahaja daripada orang miskin tetapi doa malaikat itu sendiri.

Bagaimana pula dengan sindiket-sindiket tertentu yang menggunakan penipuan dalam meminta sedekah?

Apabila kita bersedekah, ganjaran pahalanya tetap diperoleh. Pernah berlaku pada zaman Nabi, orang bersedekah kepada penzina, orang kaya dan pencuri. Ramai kalangan sahabat mempersoalkannya. Malah Nabi membenarkannya dengan harapan melalui pemberian sedekah tersebut ia membantu mengubah mereka ke arah yang lebih baik. 

Barangkali sedekah ini agak sukar dilakukan kerana syaitan sentiasa membisikkan kepada manusia bahawa dengan bersedekah kamu akan fakir. 

Kita mungkin tidak terfikir sehingga ke tahap miskin tetapi `habis duit aku'. Itu sebenarnya bisikan syaitan, sedangkan banyak janji Allah bagi orang yang banyak melakukan sedekah sehingga dengan melakukannya, ia boleh memadamkan kemarahan dan kemurkaan Allah. 

Selain itu juga, sedekah juga membina akhlak manusia itu. Ia bukan sekadar bercakap baik tetapi akhlak pun baik, dan ia perlu datang dari hati. Oleh itu, hati ini kita kena pupuk, termasuklah membuangkan rasa cinta pada dunia dengan jalan bersedekah.
»»  READMORE...

February 9, 2011

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya ..

Buat panduan bersama ....

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-



1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri." 
(Hadith riwayat Ibnu Majah)


Keterangan :
Hadith ini menerangkan bahawa :

1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.

2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat

4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan. 

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah 

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

»»  READMORE...

December 21, 2010

Bila Lagi Kita Hendak Sertai Dakwah?





ZAMAN SEKOLAH

1.    Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2.    Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3.    ‘Parents i’ tak bagi le...
4.    Aku takut nanti ganggu akademik.
5.    Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1.    ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2.    Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3.    Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1.    Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2.    Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3.    Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4.    Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1.    Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2.    Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3.    Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4.    Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?


ZAMAN KAHWIN

1.    Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2.    Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3.    Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4.    Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.


ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1.    Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2.    Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1.    Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2.    Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3.    Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...



ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1.    Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2.    30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3.    Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.
4.    Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.
5.    Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.


ZAMAN DALAM KUBUR

1.    Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2.    Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3.    Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4.    Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5.    Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6.    Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7.    Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!! Tapi dah TERLAMBAT......
»»  READMORE...
Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..