aku sombong
tak ramai kawan
itu kata mereka
aku pendiam
suka menyendiri
itu kata mereka
aku malas
suka tidur
itu kata mereka
aku emosional
bila marah hempas pintu
itu kata mereka
aku pelik
suka baca kamus
itu kata mereka
aku hipokrit
bila ada masalah pun buat macam tiada apa-apa
itu kata mereka
aku menyeramkan
suka tenung orang
itu kata mereka
aku membosankan
tak pandai nak tarik perhatian orang
itu kata mereka
aku bukan kawan yang baik
kawan ada masalah pun setakat diam saja
itu kata mereka
aku tak prihatin
kawan nangis bukannya nak tanya sebabnya
itu kata mereka
aku misteri
banyak sangat rahsia
itupun kata mereka juga
tapi..
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku tak ramai kawan?
akan aku jawab
"sebab aku rasa diri ini terlalu rendah dibandingkan mereka yang lain, aku takut pada penolakan,maka aku terima sesiapa yang menyapa aku sahaja, kerana aku tahu mereka memang ingin berteman denganku."
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku suka menyendiri?
akan aku jawab
"jiwaku berkocak, hatiku tidak tenteram, fikiranku kusut memikirkan masalah yang tak pernah ada noktahnya. makanya, aku mencari sedikit ketenangan untuk membinai sedikit kekuatan.."
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku suka tidur?
akan aku jawab
"di dalam tidur, aku bisa bermimpi...dan di dalam mimpi itulah, aku miliki apa yang tidak mampu aku miliki di alam nyata. dan di situ juga, aku lupa pada beban yang ku tanggung buat sementara waktu"
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku hempas pintu apabila marah
akan aku jawab
"aku tidak mahu melukakan hati sesiapa dengan kata-kata yang kesat kerana aku tahu...lidah itu senjata yang paling tajam, maka aku hanya menghempas pintu tanpa berkata-kata"
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku suka baca kamus?
akan aku jawab
"kerana aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan waktu itu"
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku berpura-pura tiada masalah walhal sebaliknya?
akan aku jawab
"aku tidak mahu menyusahkan teman-teman baikku. dan aku tiidak mahu diriku dipandang lemah"
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku suka tenung orang?
akan aku jawab
"kerana pada setiap wajah yang ku tenung itu terserlah peribadi yang tidak semua orang dapat menilainya."
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku tak pandai tarik perhatian orang?
akan aku jawab
"kerana aku mahu orang tertarik denganku seadanya dan bukan kerana tarikan yang aku ciptakan"
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku hanya diam apabila kawanku punya masalah?
akan aku jawab
"sesungguhnya aku merasakan terlalu banyak keilapan yang telah ku lakukan, dan maka itu aku bukanlah orang yang layak menasihati kawan-kawanku, lalu aku putuskan untuk berdiam diri.."
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku tidak bertanya sebab kawanku menangis?
akan aku jawab
"kerana aku tidak tahu apakah dia mahu bersendirian atau ditemani..aku cuma berharap dengan membiarkannya sendiri, dia mampu berfikir secara rasional tanpa ada sebarang gangguan.."
tiada seorang pun berani bertanya
kenapa aku banyak sangat rahsia?
akan aku jawab
" fahamkanlah lirik lagu ini dan kau pasti mengerti jawapanku"
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Harap Sudilah Follow
PENAJA UTAMA | |
---|---|
October 26, 2010
Home »
nurkilan
»
kata mereka..
kata mereka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment