Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

October 27, 2010

Home » » TIPS MENGATASI PUTUS CINTA

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA


Tidak semua yang diinginkan kita akan dapat capai. tidak semua yang kita rancang akan berjaya kita laksanakan. Begitu juga dalam dunia percintaan. Terlalu banyak perkara yang harus kita hadapi dan pelajari dalam percintaan.

Namun andai kita telah berusaha tetapi jodoh masih tidak menyebelahi kita. jangan pula kita rasa kecewa dan putus asa. jauh sekali untuk menyalahkan takdir. kerana sebagai orang yang beriman kita wajib menyakini bahawa apa yang berlaku adalah kerana Allah. Itulah qadak dan qadar yang telah ditetapkan.

Jangan pula jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup kita. Teruskanlah berusaha kerana diri dan hidup ini begitu berharga. Sesungguhnya tiada perbezaan manusia pada pandangan Allah swt..

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.


3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.


7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Moga apa yang terjadi dalam hidup ini bersamalah diredhai dengan seikhlas hati. kerana ia membuat kita rasa lebih tenang dan kuat untuk menghadapi kegagalan dalam bercinta. Ketahuilah Allah swt tidak pernah sesekali untuk bersikap zalim pada hambanya. Malah Dia Maha Mengetahui yang manakah yang terbaik buat hamba-hambanya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..