Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

October 30, 2010

Home » » Keburukan & Kebaikan Facebook

Keburukan & Kebaikan Facebook



Akhir-akhir ini tersiar berita dari media cetak mahupun media elektronik khususnya satu berita online, mengatakan bahawa sejumlah ulama di Jawa Timur telah mengharamkan facebook. Automatik fatwa haram tersebut sedikit sebanyak telah meresahkan para pengguna facebok. Karana facebook banyak di akses bukan hanya dari kalangan biasa saja, namun banyak juga dari golongan intelek dan profesional yang turut menggunakan facebook sebagai alat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang jauh dan tidak dapat bertemu muka. 

Sementara itu menurut Ketua Umum PP Muhammadiyah Din Syamsuddin sangat berbeza dengan pendapat para ulama di Jawa Timur. Menurut beliau facebook memiliki banyak manfaat layaknya alat komunikasi seperti telefon dan HP jika digunakan dengan bijak.



Tidak dinafikan penggunaan facebook memang memiliki manfaat dan keburukan bagi para penggunanya, namun jika di fikirkan secara rasionalnya lagi. Ternyata penggunaan facebook memiliki banyak manfaat daripada keburukan, bergantung kepada individu yang memanfaatkan facebook tersebut dengan tujuan sebenarnya untuk apa. Namun jika facebook dimanfaatkan untuk kebaikan, tentunya facebook akan memberi banyak manfaat kepada penggunanya. 

Cuba teliti gambar gambar di bwah yang mungkin telah dijadikan alasan para ulama di Jawa Timur mengharamkan facebook. Gambar ini diperolehi dari album foto salah seorang pengguna di facebook.





Facebook  membuat kita mengabaikan anak


Facebook membuat kita tidak ingin meninggalkan komputer kita.


Facebook membuat kita tidak memperhatikan keadaan sekeliling kita.


Facebook membuat tubuh kita kurus, karana lupa makan.


Dan mungkin juga boleh bertambah berak badan kerana makan tanpa sedar dengan facebook.


Penggunaan Facebook tidak mengenal usia, termasuk yang umur remaja dan kanak kanak turut menjadi Facebooker.


Apapun yang kita lakukan, membuka Facebook tidak ketinggalan 


Dan di Malysia juga tidak kurang hebatnya tentang masalah yang dibangkitkan oleh para ulama tentang facebook ini. berkenaan masalah ini, Ustaz Zaharuddin telah memberikan hukum harus dan dibenarkan kepada sesiapa sahaja untuk menyertai facebook.. harus utk mempunyai akaun FB..

Kerana dengan facebook seandainya digunakan dengan landasan yang betul dan bijaksana. ia mendatangkan kebaikan dan manfaat. Seperti kita mampu menjalin ikatan silaturahim sesama manusia walau dimana pun mereka. 

Disamping itu, menggunakan facebookturut juga boleh dijadikan untuk tujuan jalan dakwah. Seperti berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat2 yang dapat membantu dalam menegakkan syiar islam. Ditambah lagi dengan budaya kini menggunakan facebook untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual barangan-barangan keperluan.

Bagi pandangan saya pula.. mengurai satu sifat benda secara falsafah. Setiap benda itu dijadikan tidak mempunyai sifatnya sendiri. kerana ia tidak mampu menunjukkan sifatnya yang nyata apatah lagi untuk menunjukkan benda itu membawa kebaikan atau keburukan. Bermakna sifat benda ini ditentukan oleh pemakainya. kerana pemakainya yang mempunyai sifat yang nyata yang boleh kita bezakan ia sebagai baik ataupun jahat.

Saya membawa contoh yang mudah adalah penggunaan pisau pemotong. Seandainya seorang suri rumah menggunakan pisau tersebut. untuk melakukan kerja2 memasak dan memotong pisau itu menunjukkan sifatnya yang membawa kebaikan. Tetapi persoalan yang timbul adalah bagaimana sekiranya pisau ini jatuh ke tangan seorang penyamun. digunakan untuk tujuan kejahatan. Maka secara automatik nya pisau itu telah berubah menjadi sifat yang membawa keburukan.

Begitu juga dengan facebook. bukan saja facebook, malah seperti juga program2 maya yang lain seperti youtube, ejen carian seperti google, yahoo, pelantar email seperti yahoo mail, Gmail dan apa pun sifatnya adalah bergantung pada penggunaanya. Sebaik baiknya penggunaan adalah yang membawa manfaat dan ke arah kebaikan. Gunakanlah kemudahan yang telah tercipta dengan akal yang bijaksana.. Jadi jelaslah disini.. bahawa penggunaan facebook dengan cara yang betul banyak membawa manfaat dan kebaikan.

1 comment:

  1. terima kasih untuk info nie,
    berguna untuk saya,
    mintak ambil sikit info untuk saya buat forum .. :)

    ReplyDelete

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..