Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

October 19, 2010

Home » » ~Kisah Rumput dan Kasih Sayang~

~Kisah Rumput dan Kasih Sayang~

Kisah ini adalah tentang seorang pelajar sekolah tanya cikgu dia macamana nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang. Masa tu cikgu dia tengah mengajar tentang kasih sayang dan cikgu tu suruh dia pergi ke padang dan mengambil rumput yang paling cantik di depan mata dia tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Bila dah petik, terus ambil dan bawa ke kelas. Si pelajar tadi pun buatlah tapi bila balik ke kelas tak ada pun rumput di tangan nya.

Cikgu: Mana rumput?

Pelajar: Tadi cikgu kata pilih yang cantik, memang banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, saya pun mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi tapi saya tak jumpa yang paling cantik pun bila dah sampai di hujung padang. Mungkin ada yang paling cantik di belakang tapi cikgu tak bagi saya menoleh ke belakang lagi maka tiada lah rumput yang saya petik.
Macam tu lah lebih kurang jawapan pelajar tu tadi.

Cikgu: Itu lah kasih sayang. Bila kita dah jumpa yang kita sayang, kita janganlah mencari yang lebih baik lagi. Hargailah orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi, yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi orang yang cantik dan baik di luar sana, macam rumput tadi.
Jadi maknanya di sini,

Hargailah mereka yang tersayang. Walaupun ada yang lagi cantik dan lebih bagus, mereka tetap istimewa selamanya

Ececehh ;p haha. Sebenarnya tak kira lah untuk lelaki atau pun perempuan, bila dah ada orang yang kita sayang, fikir camni je lah, dia ni lah yang terbaik untuk aku. Memang banyak kat luar sana yang lebih lagi segala-galanya, tapi bila dah ada yang di depan mata, sila lah hargai. Orang yang kita sayang itulah orang yang paling cantik, handsome, baik, menarik, tertarik, kau memang the bomb lah kata ruffedge. hehe.
Bukan apa, bila ada yang di kalangan kawan-kawan putus kasih ni, memang aku sangat faham how they feel. Tipu lah aku tak pernah rasa kan, tapi Alhamdulillah, Allah dah kurniakan seseorang yang lebih baik dan aku sangat bersyukur dengan anugerah Allah itu. Terima kasih Allah.
Ada orang cakap pada aku, ” Kenapa awak pilih dia, awak layak untuk dapat seseorang yang lebih baik” Aku hanya tersenyum Aku yakin dengan keputusan aku, aku tak salah membuat keputusan. Sebab aku kenal dia! Orang lain tak kenal dia macam aku kenal dia. Jadi cukuplah aku menyimpan semua itu dalam dasar hati aku yang paling dalam.
Eh, terkeluar topik pulak, hahaha, apa yang aku nak sangat sampaikan kat sini sebenarnya adalah kalau kita betul-betul ikhlas berkawan dengan seseorang, insyaAllah, datanglah dugaan yang bagaimana pun, ribut taufan macamana pun, insyaAllah, kita akan tetap berkawan dengan dia, dan hanya dia. Tapi bila mana kita hanya berkawan hanya untuk suka-suka, tiada tujuan, hanya sekadar “kawan-kawan aku ada, aku pun nak lah jugak sorang”, rasanya tak perlu lah. Tak baik menyakiti hati orang. Ingat lah, what goes around comes back around. Kalau pun tak jadi balik pada diri sendiri, fikirkan adik-beradik kita yang lain dan juga zuriat-zuriat yang bakal kita lahirkan pada masa depan.
Aku tertarik dengan term makhluk perosak yang judinbo gunakan, tapi bagi aku, kalau bertepuk sebelah tangan pasti tidak akan berbunyi. Tak mengapalah, untuk semua yang di luar sana, jika ada yang pernah mengalami, atau sedang mengalami putus kasih, anggaplah itu salah satu ujian Allah buat kita, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah, jika ada walau sedikit rasa di hati ‘kenapalah Allah hilangkan pelangi indah yang menyinari hidup aku selama ni’, jangan berfikir begitu, Dia sebenarnya sedang menghantar matahari yang bersinar buat kita, yang jauh lebih indah daripada pelangi itu. I know, easier said than done, tapi percayalah, Allah sudah pasti merencanakan yang terbaik buat kita semua, dengan syarat, kita tak lupakan Dia. Bila kita tak lupakan Dia, Dia juga tak akan sesaat pun lupakan kita. Rahmat Allah itu sangat besar jadi sentiasa lah dekatkan diri kita dengan Allah.
Dan untuk yang disakiti, dikhianati, jangan pernah berdendam, jangan simpan walau sedikit dalam hati kita. Itu ujian dari Dia yang di atas. Allah tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya melainkan Dia tahu bahawa hambaNya itu mampu mengharungi ujian tersebut. Sesungguhnya Dia lebih tahu. dan bersyukurlah apabila kita ditimpa ujian, itu salah satu tanda kita disayangi oleh Dia. Orang yang kaya, hidup senang lenang tu pun banyak ujian. Lagi dasyhat daripada orang yang hidup sederhana macam kita semua ni. Tau apa ujiannya? Kaya tu lah. Kaya itu lah ujian buat mereka. Jadi semua, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Planner terbaik hanyalah Dia, Dia yang satu.

1 comment:

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..