Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

October 26, 2010

Home » » Pengaduan Hati

Pengaduan Hati

Ya allah,
Dalam jerat nista merencati perjalananku, 
Aku membawa pengaduan hatiku kepadaMu,
Leraikan seluruh duka nestapa yang membungkus tenangku,
Dalam riak-riak hati yang semakin membeku,
Aku ingin pulang lagi membawa sekeping hatiku yang rompong.
KepadaMu.

Tidak ingin lagi aku berlari bersendiri,
Mengendong hatiku yang suram duka,
Merentas tajam kemuncup kehidupan ,
Sudah puas aku membuang kembali durinya,
Dari suluh pakaian kehidupan,
bersembunyi cahayanya dari aku.

Ya tuhanku,
Terimalah lagi pengaduan hatiku yang selalu menipu,
Kolam nikmat yang membasahi sekujur dahagaku ingin kupenuhi lagi,
Dengani titis-titis maghfirahmu.
Tidak sanggup lagi aku memikul sengsara di seluruh perjalanan resah ini,
Di saat redhaMu semakin enggan mendekati.

Temani aku ya Rabb,
Dengarkanlah pengaduan hatiku lagi..


No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..