Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 22, 2010

Home » » Aku redha

Aku redha

Bila aku mulai redha,
Aku sedar semua itu telah berlalu
Tiada guna meratap kesayuan
Kerana ia sememangnya telah berlalu pergi
Bila aku mulai redha

Aku akui ini adalah ketentuanNya
Suratan takdir ilahi Qada' qadarNya
Yang telah ditentukanNya

Bila aku mulai redha
Aku akur menerimanya
Sepahit mana, sekelat mana pun
Ku terima dengan sepenuh hatiku
Melaluinya, mengharunginya, merentasi semuanya

Bila aku mulai redha
Aku sedar aku pasrah dengannya
Pasti yang Allah telah menentukan
Hanya yang terbaik buat hambaNya

Bila aku mulai redha
Ku teruskan perjalananku yang masih jauh
Biarkan kisah ku yang lalu bermuara sendiri
Akan ku tempuhi semua yang mendatang dengan tabah

Bila aku mulai redha
Aku meletakkan rasa syukurku padaNya
Masih lagi Dia menjagaku, memeliharaku, memerhatikanku
Walaupun aku ini hambaNya yang penuh dosa

Bila aku mulai redha
Baru ku sedar betapa hebatnya kasih sayangNya terhadapku
Baru ku sedar Dia sedang memelihara ku selalu
Baru ku sedar Dia sentiasa ada disamping ku menjagaku
Baru ku nampak cahaya di sebalik kelam dalam hatiku

Bila aku mulai redha
Syukurku padaNya dengan semua nikmat ini
Terasa aku makin hampir kepadaNya
makin ku berserah diri kepadaNya

Dia Penciptaku.. .
Seharusnya ku tunduk dan patuh padaNya...
Siapalah diriku untuk mengeluh pada ketentuan ini...
hanya hambaNya yang penuh dosa...
Moga dengan ujian-ujian ini membuatkan aku menjadi hamba yang dirahmati
Dirahmati dunia dan akhirat....

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..