Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 24, 2010

Home » » Wanita pertama masuk syurga..

Wanita pertama masuk syurga..

Saydatina Fatimah az-Zahra adalah satu-satunya pueri Rasulullah s.a.w yang mengasilkan zuriat untuk meneruskan ksinambungan keturunan baginda. Saydatina Fatimah berkahwin denganSaydina Ali bin Abi Thalib dan dikurniakan dua putera iaitu Hassan dan Hussein.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membicarakan mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Lalku baginda ditanya oleh Fatimah, siapakah wanita pertama masuk ke syurga. Maka baginda pun menjelaskan : “Wahai anakanda! Wanita pertama yang akan masuk ke syurga ialah Mutiah. Dia hanyalah perempuan biasa dan kehidupannya amat sederhana.”

Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka puteri Rasulullah it uterus berubah. Lalu dikatakanya kepada ayahandanya : “Lantas, siapakah wanita itu wahai ayahandaku? Macamana halnya dan bagaimana amalanya sehingga dia dapat terlebih dahulu masuk ke syurga daripada anakanda?”. Lalu Rasulullah menyarankan puterinya itu untuk menziarahi rumah wanita tersebut yang terletak di Jabal Uhud.

Saydatina Fatimah kemudian keluar untuk mencari wanita yang dikatakan akan masuk ke syurga terdahulu daripadanya itu. Setibanya di rumah wanita tersebut, beliau pun mengetuk pintu rumah tersebut. Wanita dari dalam rumah keluar sambil bertanyakan hajat kedatanganya, tetapi tidak pula dijemput Saydatina Fatimah masuk ke dalam rumahnya.

Saydatina Fatimah menyatakan bahawa kedatanganya adalah untuk berjumpa dan berkenalan denganya. Wanita itu menjawab : “Terima kasih puan. Tetapi saya tidak dapat membenarkan puan masuk kerana suami saya tiada di rumah. Nanti saya minta izin daripadanya apabila dia balik. Silalah datang pada esok hari.”

Saydatina Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan hampa kerana tidak dapat bercakap panjang dengan wanita itu. Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi bersama dengan anaknya Hassan.

Sebaik sahaja tiba di rumah itu, wanita dari dalam rumah tersebut membuka pintu. Namum belum sempat Saydatina Fatimah dipersilakan masuk, wanita tersebut terlihat anak lelaki puteri Rasulullah itu turut ada bersama, lantas wanita tersebut melarang Fatimah untuk menjejak masuk ke dalam rumahnya. Saydatina Fatimah menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak lelaki nya, Hassan. Lalu wanita tersebut berkata : “Maaf puan, saya meminta izin daripada suami saya hanya untuk puan sahaja masuk, tidak termasuk budak lelaki ini sekali.”

Saydatina Fatimah serba salah, kerana jikalau hendak pulang ke rumah semula jauh. Hendak masuk ke rumah wanita tersebut, tidak mendapat keizinan dari wanita tersebut. Akhirnya Saydatina Fatimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah juga.

Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua puteranya Hassan dan Hussein. Namun kehadiran Saydatina Fatimah kali ini benar-benar membuatkan wanita itu terkejut besar apabila mendapati ada seorang lagi budak lelaki yang belum diminta keizinan dari suaminya untuk masuk. Saydatina Fatimah terpaksa pulang dengan hampa untuk kali yang ketiga.

Setelah si suami pulang, wanita itu memberitahu tentang kehadiran puteri Rasulullah bersama-sama dengan cucu baginda sekali iaitu Hassan dan Hussein. Si suami sangat terkejut dan berkata : “Kenapa awak tidak membenarkan mereka masuk? Bukankah Saydatina Fatimah itu puteri Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Sepatutunya awak membenarkan ,mereka masuk, kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaanya (Rasulullah s.a.w). Selepas ini, jika merek datang ke sini lagi dengan membawa apa pun siapa pun, terimalah dengan sebaik-baiknya dan hormatilah mereka dengan sebagaimana yang patut abgi darjat mereka.”

Kemudian wanita itu menjawab : “Baiklah. Tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak.”

Pada keesokan harinya, Saydatina Fatimh datang semula ke rumah tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan sewajarnya dan mereka memulakan perbualan. Tiada apa yang menarik perhatian Saydatina Fatimah tentang perempuan itu. Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera mempresiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman. Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis.

Wanita itu langsung tidak menghiraukan Saydatina Fatimah, seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya kepada wanita dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.”

Lantas Saydatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan kepadanya.” jawab wanita itu. Saydatina Fatimah bertanya lagi : “Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”

Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan kepada maksudnya.” Saydatina Fatimah mendengar penjelasan dari wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri : "Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana"

Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau berkata : “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saydatina Fatimah . Faham dengan perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata : “Anakanda, janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kerendaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk terlebih dahulu.” Mendengar penjelasan itu barulah Saydatina Fatimah tersenyum kembali....

Semoga kita bersama rombongannya... amin ya rabbal a'lamin...

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..