Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 29, 2010

Home » » Penawar segala penyakit

Penawar segala penyakit

Syeikh Abdul Qasim al-Qusyairi atau lebih dikenali dengan Imam Qusyairi merupakan seorang ulama sufi. Beliau mempunyai seorang anak yang sedang sakit tenat yang kelihatannya tiada harapan untuk sembuh. Segala ikhitiar dicari untuk menyembuhkan anaknya tetapi masih gagal. Ini menyebabkan beliau berputus asa.

Pada suatu malam, Imam Qusyairi bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Beliau mengadu kepada baginda tentang penyakit anaknya.
Rasulullah pun bertanya kepada Imam Qusyairi,
Apakah yang kamu buat dengan ayat-ayat Syifa, wahai Abdul Qassim?
Imam Qusyairi pun terjaga. Beliau termenung seketika memikirkan kata-kata Nabi SAW. Apakah rahsia dan makna di sebalik kata-kata baginda itu? Apakah maksud baginda tentang ayat-ayat Sifa itu?Imam Qusyairi pun mencari dan mengkaji ayat-ayat di dalam Al-Quran.




Hasilnya Imam Qusyairi telah menemui enam tempat di dalam Al-Quran yang mempunyai perkataan Syifa yang membawa erti sebagai penawar. Ayat ayat tersebut ialah :

Ayat 14 surah at - Taubah
Ayat 57 surah Yunus
Ayat 69 surah an Nahl
Ayat 82 surah al Israk
Ayat 80 surah as Syuiara
Ayat 44 surah Fussilat

Sesungguhnya pada Al-Quran itu telah lengkap bagi setiap manusia...

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..