Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 22, 2010

Home » » Rahsia bahagia

Rahsia bahagia

Kebahagiaan cinta lahir dari hati yang bebas syak wasangka. Dah beberapa ramai kekasih yang sedang bercinta mungkin sekarang ni makan hati sebab dia asyik buruk sangka.

Balik lambat sikit dari kerja sebab overtime, dia kata keluar dengan perempuan lain. Masuk awal sikit ke tempat kerja, dia kata, nak minum pagi dengan perempuan lain la tu!.

Jika saya dapat kekasih camni, saya tak tegur. Tak ada guna menegur. Tapi saya akan tinggalkan dia, sebab saya tak bahagia dengan dia. Cari saja lagi gadis lain, supaya kita rasa bahagia.

Tak ada guna hidup sama-sama dengan dia, sebab kata-kata asyik mengawal perbuataan kita. Akibatnya nanti, kita akan susah nak jadi cemerlang dalam kerja, kewangan dan kekeluargaan.

Adakah tindakan saya itu terlalu tegas? Membuat, lebih baik kesannya dari asyik bercakap. Niatkanlah berpisah itu untuk mencari kebahagiaan dan Allah dah tunjukkan perangainya camtu, means dia tak sesuai dengan kita.

Pengalaman saya bercinta kali kedua, kekasih saya asyik berburuk sangka. Dek tak tahan dengan perangainya, saya putuskan hubungan pada 14 Februari 2007. Saya masih ingat lagi, jam 10 malam saya jumpa dia. Dia nangis woo. Merah-merah mata dia.

Tapi, saya katakan yang kami berpisah untuk kebaikan masing-masing. Dia kata dia buat camtu, sengaja buruk sangka untuk men'test' kesetiaan saya. Namun, padahnya menyebabkan cinta yang terbina tak sampai ke jinjang pelamin.

Thats my personal story. Banyak yang dah saya pelajar dari kisah itu. Dari situ, saya menemui banyak kekuatan untuk saya maju ke depan walaupun dah dua kali gagal dalam cinta.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..