Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 22, 2010

Home » » Cinta & Hati

Cinta & Hati

CINTA bukan mengajar kita lemah..
tetapi membangkitkan kekuatan..
CINTA bukan mengajar kita menghina diri..
tetapi menghembuskan kegagahan...
CINTA bukan melemahkan semangat...
tetapi membakar & menguatkan keazaman...
Itu lah CINTA hakiki dari Ilahi.

Cinta hati yang kini dimiliki..
dari seraut wajah yang mencerminkan sebuah kesetiaan...
dari seukir senyuman yang mencerminkan kejujuran...
dari sekeping HATI yang mencerminkan keihklasan...
dan dari sebuah angan-angan menuju sebuah impian...

Namun..
Kebekuan airmata kerana kerasnya HATI...
kerasnya HATI kerana banyaknya dosa...
banyaknya dosa kerana lupakan mati...
lupakan mati kerana banyaknya angan-angan...
banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia
CINTAkan dunia itu sumber segala dosa..

Harapan di sudut HATI daku sandarkan kini...
pastikanlah dulu sesuatu yang engkau ragui...
pastikanlah ia dari iman dalam hati..
Agar terus cinta suci bertakhta di hati...
dan bukan dari nafsu yang terburu-buru...
dan bukan juga dari suatu matlamat yang tiada hala tuju..

Pintaku padamu...
jadikan pengalaman lalu suatu pengajaran...
janganlah sekali-kali mempermainkan perasaan insan...
kerana HATI yang terluka terlalu sukar untuk disembuhkan
walaupun terselit seribu kemaafan..

Ya Allah...
Seandainya dia terbaik buatku...
Satukanlah HATIku dengan HATInya dalam keredhaanMu..
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..
Jauhkan diriku ini daripada kekecewaan..
Sesungguhnya Engkau tidak akan membebani hambaMu..
dengan sesuatu yang tidak terdaya untukku memikulnya..
Kerana Engakau Maha mengetahui akan daya upayaku..


~ nurhanan ~

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..