Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 22, 2010

Home » » wajah suci itu, apakah dosa mereka??

wajah suci itu, apakah dosa mereka??

Sejak kebelakangan ini, kisah pembuangan bayi semakin menjadi jadi. Bermula dengan satu kisah ke satu kisah yang lain. Ada yang dihumban ke dalam longkang, tong sampah dan tidak ketinggalan juga dibuang ke dalam tangki najis. Sehingga pecah berderai kepala bayi itu. Nauzubillah! Apa yang sudah terjadi dengan dunia kini? Adakah ini merupakan petanda akhir zaman? Sungguh manusia kini ibarat telah kembali ke zaman jahiliyah. Malah mungkin lebih teruk lagi... Manusia kini lebih berhati haiwan. Tiada lagi kasih sayang di dalam hatinya. Anak yang sepatutnya menjadi amanah kepada ibu bapa untuk mendidik, mengasuh serta menyayangi kini ibarat sudah tiada nilainya. Malah mungkin juga boleh disamatarafkan seperti sampah!!! Teganya hati mereka mencampakkan bayi yang tidak berdosa itu dengan sewenang-wenangnya.

Masih ingatkah kepada bayi yang ditemui mati di dalam longkang tidak lama dahulu? Hari ini kita diberitakan bahawa kedua MAKHLUK yang bertanggung jawab membawa bayi mulia itu ke dunia ini serta membunuhnya tanpa belas kasihan itu sudahpun di bawa ke muka pengadilan. Alhamdulillah! Semoga mereka dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam mereka itu. Untuk berita lanjut sila baca di sini.

Kadangkala Lea terfikir sendiri, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini? Kata bapak Lea, semua ini bermula dengan persepsi masyarakat terhadap bayi yang lahir hasil daripada hubungan terlarang ini. Aneh sungguh dunia ini. Bayi yang suci dan bersih dari sebarang noda itu dihina dan ditidakkan haknya untuk hidup di dunia ini tetapi MAKHLUK-MAKHLUK durjana itu dibiarkan lepas begitu sahaja. Malah semalam akhbar online hmetro telah menyiarkan seorang wanita yang tanpa rasa bersalah mengandungkan bayi hasil persetubuhan haram buat kali kedua dan berada dalam pengetahuan pihak keluarga. Ibu ayahnya terpaksa mendiamkan diri memandangkan anak itulah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Apa sudah terjadi dengan institusi kekeluargaan di Malaysia ini? Ibu bapa sendiri sudah tidak mampu mengekang kemungkaran seperti ini terus berlaku di kalangan ahli keluarga sendiri.

Lalu apakah penyelesaiannya?

Rasanya hanya satu jalan yang tinggal. Kita sendiri sebagai masyarakat seharusnya berubah. Berubah dari terus mencerca dan menidakkan hak bayi-bayi ini untuk terus hidup. Hilangkanlah prejudis dan rasa jijik terhadap mereka yang tidak berdosa ini. Malah sayangilah mereka! Kasihilah mereka! Mereka tiada bezanya dengan kita. Darah yang mengalir dalam tubuh kita sama sahaja warna merahnya...

Sebaliknya, CACILAH, KUTUKLAH, serta HINALAH mereka si lelaki dan si perempuan yang bertanggung jawab ke atas mereka dengan niat untuk menyedarkan. Namun, usah sampai hak mereka untuk hidup juga diambil oleh masyarakat. Berpada-padalah! Asalkan mereka sudah bertaubat lalu terimalah kembali mereka. Dosa mereka itu biarlah Allah sahaja yang mengadilinya. Kita sebagai manusia tidak berhak untuk melakukan lebih dari itu. Inilah tanggung jawab kita sebagai masyarakat. Ayuhlah! Sedarlah wahai masyarakat sekalain. Selagi kita belum berubah, selagi itulah wajah-wajah suci itu akan terus menjadi mangsanya. Apakah dosa mereka??

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..