Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 21, 2010

Home » » Dialah lelakiku

Dialah lelakiku

Diambil dari aloivera

Dialah manusia,

di pelipat garis dahinya,
ada cinta untuk aku.
di hujung kerling matanya,
ada rindu yang tidak pernah sepi.
terbias dari wajah kerasnya,
pengorbanan yang tidak pernah berhenti.

apabila hayunan rotannya bersatu dengan angin,
itulah kasih sayangnya juga yang menyatu,
menyentuh lapis kulitku,
kalaulah itu dulu yang aku tahu.

Birat-birat lukaku,
dibasuh dengan doa dan air matanya,
dan usapannya di ubunku,
saat aku sedang terlena.


Dia tidak pernah benci,
keringatnya tercurah untuk aku,
walau selalu balasannya adalah rajuk tangisku,
dan hentak-hentak kaki,
apabila terbata kehendak.

Aduhai ayahku,
mungkin dulu aku tidak pernah mengerti,
rimbun kasihmu kuanggap penghalang aku,
setelah aku dewasa wahai ayah,
aku mahu hidup seribu tahun lagi,
kerana aku mahu terus berbakti..

Kaulah lelakiku ayah,
walau dunia telah mati,
dan waktu juga berhenti.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..