Maaf menganggu masa Wan.Tentu Wan terkejut saya ni siapa tapi tiba-tiba je bagi Wan email.Memang saya akui kita tak pernah kenal dan bersua pun tapi saya tahu banyak tentang Wan.Tentu Wan tertanya-tanya dari mana saya tahu tentang Wan.Wan masih ingat atau kenal tak seorang gadis yang digelar atau suka dirinya dipanggil Nur?
Di sini saya nak memperkenalkan diri saya…saya digelar dengan panggilan abang Asyraf atau abang As oleh Nur dan merupakan sepupunya yang paling rapat. Tapi Wan tak perlu panggil saya abang As atau abang Asyraf yang selalu digelar oleh Nur kerana umur kita sebaya je.
Tentu Wan masih tertanya-tanya lagi sebab apa Asyraf bagi mesej ini?Tujuan Asyraf bagi mesej ini sebab nak sampaikan khabar berita yang mungkin Wan tak berapa suka tapi Asyraf harap Wan dapat terimanya dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan Illahi.Berita yang Asyraf nak sampaikan ialah daripada amanat seorang gadis yang suci dan baik hatinya iaitu Nur.
Tentu Wan tertanya-tanya apa kaitan mesej ni dengan Nur tapi di sini Asyraf nak sampaikan bahawa Nur sudah tiada lagi di dunia ini kerana Allah lebih menyayanginya.Harap Wan tabah menghadapinya.Nur meninggal dunia pada waktu Subuh iaitu pada hari ini iaitu 14 Oktober 2009,pukul 6.15 pagi selepas Nur menunaikan solat Subuh. Asyraf tahu berita ini kerana pada waktu Nur melafazkan nafasnya yang terakhir,Asyraf ada disisinya.Tentu Wan terkejut macam mana Asyraf boleh berada di sisinya ketika Nur menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mula-mula Asyraf terkejut juga apabila dapat panggilan daripada kawan Nur agar Asyraf cepat pergi ke Kedah kerana Nur sakit tenat pada malam Selasa dan Asyraf pun tergesa-gesa ke sana apabila mendengar Nur sakit.Masa tu hanya Allah saja tahu betapa takutnya hati Asyraf apabila memikirkan tentang Nur.Arwah ada suruh Asyraf sampaikan amanatnya yang terakhir kepada Wan.Amanatnya ialah arwah harap Wan sudi memaafkan andai ada kesalahan,kesilapan dan kelukaan yang diberi oleh Nur kepada Wan.
Erm,Asyraf rasa sampai di sini sahajalah.Asyraf harap Wan dapat hadapinya dengan tabah dan ingat bukan hanya Wan sahaja yang sedih dengan pemergian Nur sebagai adik, tapi Asyraf turut merasainya kerana Asyraf juga sangat menyayangi Nur lebih daripada seorang sepupu.Asyraf harap kita dapat menghadapi ketentuan yang telah ditetapkan oleh Illahi kepada kita.
Wassalam…dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca email ini.
No comments:
Post a Comment