Hari itu,
ibu tersenyum bahagia apabila mengetahui aku dalam kandunganya
Hari itu,
ibu sakit akibat tendangan , menandakan aku makin membesar,
Hari itu,
ibu sakit lagi , ibu terpaksa bertarung nyawa demi aku,
Hari itu,
ibu keletihan kerana menjaga aku siang dan malam
Hari itu,
ibu menagis melihat aku lemah tidak bermaya..
Ibu tidak keruan melihat aku kesakitan…
Ibu berdoa agar Allah melindungi aku dari malapetaka..
Oh ibu..
Hari ini aku berdiri megah bagaikan raja
Namun jasa mu tidak akan ku lupa andai badai menerpa
Andai derita menusuk…. Ibu, akanku jadi kaki dan tangan mu
Namun keikhlasan ku tidak dapat di bandingkan dengan jasa mu ibu
Membesarkan aku…
Walau ikhlas aku berikan ia tetap derita buat mu
Hati ibu terguris siapa yang tahu
Dosa anak menggunung tinggi
Tapi ibu, kau tetap mendoakan aku
Kau tetap menyayangi aku seperti dulu
Hari ini aku terlupa
Bahawa aku telah hilang satu nikmat melihat raut wajah ibu , memeluk ibu
Menyintai ibu seperti mana ibu menyintai aku,
Kerana hari ini ibu telah pulang bersama ayah
Aku terpaku lesu..
Aku hanya mampu ungkapkan
Andai semalam mampu ku puatar
Akan ku bahagiakan hari hari ibu……
Ibu maafkanlah anakmu….
Ya Allah kau tempatkanlah ibu ditempat insan2 yang beriman
Amin Ya Allah.
Amin Ya Rahman..
Amin…Ya Rahim
buat ibu tersayang….
*nukilan diambil dr slh 1 komen "nurikhwan club" dlm page nie...
http://www.rohaizad.com/20
No comments:
Post a Comment