** ambik dr cik azilah umar... thanks ya.. =)
• Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..
• Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
• Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
• Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
• Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
• Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
• Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
• Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
• Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
• Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
• Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakan oleh seorang wanita. Kalau nak kepastian,tanya dia sendiri!!
• Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
• Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.Samalah dengan senyuman..
• Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.Em..cemburu kot?Tak pun sebab mereka tak suka dengan perasaan ‘dipergunakan’..
• Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi..Tapi,mencintai seseorang tak perlu ada sebab.
• Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
• Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
• Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
• Sebenarnya amat mudah mengambil hati wanita, kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. =)
(Dipetik dan diedit dari: ayatcinta.wordpress.com)
Harap Sudilah Follow
PENAJA UTAMA | |
---|---|
June 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment