Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 21, 2010

Home » » Akhirnya cinta kita

Akhirnya cinta kita

semenjak ku kenali dirimu
wajah mu sering bermain
di dalam ingatan dan di dalam doa
tiap detik yang berlalu
menyemai harapan agar hadirmu
menjadi sesuatu yang amat bermakna
bukan sekadar teman biasa

kiranya hati mampu berbicara
tak sanggup aku menipu hatiku
bahawa ku telah jatuh hati padamu
pertama kali ku tatap wajah mu
apakah itu
cinta pandang kali pertama??

oh indah rasa semenjak di saat itu
hilang segala luka yang lalu
menjadi nostalgia
ku rasakan bahagia

oh amat rindu
terciptanya pertemuan dengan dirimu ..
ku rasaikan bagaukan permata yang sekian lama hilang
kini kembali tergenggam..

bagaimanalah
nak ku lafazkan
betapa ku cinta padamu
kerana diriku tahu
cinta bukan sekadar kata..
lalu ku hulurkan jiwa raga..
ku limpahkan kasih sayang..
mengiringi rasa yang terpendam..

kan ku tidak mudah mengalah..
membina tugu cinta
mengapai impian
mahligai bahagia..

Ya Tuhan..
Satukanlah impian kami..
niat suci hidup bersama
mengundang keredhaanMu..

Tapi segala doa dan usaha
hilang sekelip mata
tidak ku duga
Dia lebih menyayangi mu dariku

Di pusara ini
segala keindahan kenangan kita
ku utus bersama doa dan siraman air mawar
moga ketenangan menyelimuti persemadianmu..

Pemergianmu..
menjadikan aku sang perindu..
yang sering tangiskankan bayang2mu...

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..