Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

June 21, 2010

Home » » Cebisan sekeping hati

Cebisan sekeping hati

Ku masih tersenyum mengubat duka,
Melindung kecewa yang ku rasa,
Cinta yang telah ku semai,
Akhirnya musnah di pertengahan..

ku terus tertanya..
Apa salahku..
Kau menghukum ku tanpa perasaan..
Selama ini keikhlasan dan kesetiaan..
ku berikan hanya untukmu..

Akhirnya ku sedari,
hakikatnya cuma satu..
Yang kau tercipta bukan untuk ku..
Lalu ku pergi jauh menyepi..
menyendiri..
Dari dunia percintaan..

Mengenali kekurangan diri..
Mencari erti cinta..
yang hakiki..
Dari layar keinsafan..

Dalam percarian itu..
Ku temui dirimu..
Dalam diam hatiku terbuka menerima kehadiran mu..
Dengan penuh keikhlasan
Ku relakan cinta itu bersemi buat mu..
Menyayangi mu tanpa sempadan masa..

Namun kekurangan diri..
yang ku sembunyikan dari mu
Umpama mendung hitam
yang sentiasa menemani
kegembiraan ku dengan mu..

Demi waktu ku hanya pasrah..
walau pengorbanan ku lakukan demimu
Andai kau tidak redha atas kekurangan ku..
Dan pergi meninggalkankan aku
kan ku cuba gagahkan diri
menerima kenyataan..
kau jua bukan untuk ku

ku sedar ku dah tak punyai apa2
Hanya secebis impian untuk hidup disampingmu
selamanya..
Ku tahu hatiku.. perasaanku..
ku amat menyintaimu..
ku tak mampu mengungkapkannya..
Biarlah kau sendiri yang merasakan cintaku..

ketibaan waktu kita disatukan
Kan ku cuba usahakan dengan penuh kesabaran
Linangan air mata syahdu menemani ku
Betapa aku menyintai dirimu
Betapa aku menyayangi dirimu
Betapa aku merindui dirimu
Tak sanggup diriku kehilanganmu
Insan yang telah bertakhta
di jiwa..

Tetapi siapa lah aku
sekerdil hamba untuk menentukan takdir
jika telah tercatat kau memang bukan tercipta untuk ku
biarlah cinta mu menjadi cinta terakhir dalam sejarah hidup ini
yang akan menemani persemadian ku..
menuju dentinasi cinta yang hakiki
moga disana..
ku temui dirimu kembali
walau waktu itu
insan lain telah memilikimu..
cukuplah ku melihat diri mu ketawa..
tanda kau bahagia..

sebenarnya sukarnya untuk aku memilikimu
Betapa juga sukarnya untuk aku mengapai impian bersamamu
Apakah hakikatnya percintaan ini jua..
Cuma sekadar satu ujian buatku yang bergelar hamba..

Cuma dalam sujud ini
ku harapkan ku berjaya tempuhi ujian ini
dan mengundang bahagia denganmu
menyunting dirimu menjadi isteriku
buat selamanya...

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..