Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri apabila kita susah. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya...dalam susah ataupun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.
Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:
"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu".
Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.
Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri, atau pun selfish. Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.
Lain tempat tegak, lain barang yang nampak. Dunia dia dan dunia anda mungkin berbeza. Tapi tak mustahil anda dan dia mempunyai aspirasi yang sama. Lihat sahaja sejarah perkembangan Islam oleh Rasullullah di Mekah selama 13 tahun, dan di Madinah selama 10 tahun. Bagaimana caranya dalam tempoh 23 tahun itu, Rasulullah berjaya menyatukan penduduk tanah Arab yang terdiri dari pelbagai puak yang saling bercakaran dan dibelit pula dengan fahaman fanatik asobiyyah, menjadi satu ummah yang diikat kukuh dengan tali akidah kepada Allah yang satu?
Ini kerana mereka yang memeluk Islam itu memiliki aspirasi yang sama. Aspirasi mereka adalah untuk mencari keredhaan Allah, dan seterusnya mudah-mudahan mendapat balasan syurga dan terlepas dari azab api neraka. Dengan aspirasi inilah kaum Ansar sanggup mengorbankan apa sahaja demi menolong orang-orang Muhajirin. Ya, apa-apa sahaja, sehingga ada kaum Ansar yang mahu menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada orang-orang Muhajirin yang masih bujang. Kaum Ansar ini tidak gila, tetapi mereka telah benar-benar memahami konsep persaudaraan dan persahabatan yang hakiki.
Melalui aspirasi itu jugalah, umat Islam yang pada mulanya hanya ada seketul dua jumlahnya, akhirnya meningkat menjadi beratus-ratus ribu orang yang berpayung di bawah akidah tauhid yang sama. Seluruh tanah Arab berjaya di Islamkan. Ketika berlakunya Haji Wida' tahun 10 Hijrah, iaitu haji terakhir yang dihadiri oleh Rasulullah sebelum kewafatannya pada tahun 11 Hijrah, sekurang-kurangnya 120,000 orang telah bersama-sama Nabi mengerjakan haji tersebut. Kadang-kadang, amat aneh memikirkan bagaimana dalam tempoh 2 dekad sahaja, umat Islam di tanah Arab mampu mencapai tahap yang sangat gemilang. Dan saya percaya, ia adalah disebabkan aspirasi mereka yang sama. Dan aspirasi inilah yang mampu menjadi kunci untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di muka bumi ini.

No comments:
Post a Comment