Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 6, 2010

Home » » Kisah Pak Pandir Moden

Kisah Pak Pandir Moden

Kisah 1: Gambar

Pak Pandir baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Pak Pandir naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Pak Pandir mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Pak Pandir terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Pak Pandir tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang,

Pak Pandir berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

PANG!!!!


Kisah 2: Kemik

Pak Pandir baru habis main bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Pak Pandir dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola sepak.

Keesokan harinya, Pak Pandir membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Pak Pandir, cuba nak mempermainkan Pak Pandir. Dia memberitahu, sekiranya Pak Pandir meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Pak Pandir pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Pak Pandir meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Luncai keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Pak Pandir menjelaskan kepada Luncai bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.

Luncai menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

Kisah 3:  BUKU TELEFON

Pak Pandir merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Pak Pandir. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam  buku cerita ni dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Pak Pandir.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita ni dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telefon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

Kisah 4: MASA

Pak Pandir: "Luncai, skrang dah pukui brapa?" 
Luncai: "3:15 petang."
Pak Pandir: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?" 
Luncain: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?" 
Pak Pandir: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..