Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 11, 2010

Home » Wanita yang haram dinikahi

Wanita yang haram dinikahi



Al-Quran tidak menentukan secara terperinci tentang siapa yang dikawini, tetapi hal tersebut diserahkan kepada selera masing-masing:

    Maka kawinilah siapa yang kamu senangi dari wanita-wanita 
    (QS An-Nisa [4]: 3)

Meskipun demikian, Nabi Muhammad Saw. menyatakan,

    Biasanya wanita dinikahi kerana hartanya, atau
    keturunannya, atau kecantikannya, atau kerana agamanya.
    Jatuhkan pilihanmu atas yang beragama, (kerana kalau
    tidak) engkau akan sengsara 
    (Diriwayatkan melalui Abu Hurairah).

Di tempat lain, Al-Quran memberikan petunjuk, bahawa

    Laki-laki yang berzina tidak (pantas) mengahwini
    melainkan dengan perempuan yang berzina, atau perempuan yang
    musyrik dan perempuan yang berzina tidak pantas
    dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau
    1aki-laki musyrik 
     (QS Al-Nur [24): 3).

Walhasil, seperti mesej surat Al-Nur (24): 26,

    Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
    keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita
    yang keji. Dan Wanita-wanita yang baik adalah untuk
    laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah
    untuk wanita-wanita yang baik (pu1a).

Al-Quran merinci siapa saja yang tidak boleh dikahwini seorang
laki-laki.

    Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu,
    anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang
    perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan,
    saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak
    perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki,
    anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang
    perempuan, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara
    perempuan sepesusuan, ibu-ibu isterimu (mertua),
    anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri
    yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur
    dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka
    tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan juga
    bagi kamu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan
    menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang
    bersaudara, kecuali yang telah berlaku pada masa
    lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
    Penyayang. Dan diharamkan juga mengahwini wanita-wanita
    yang bersuami 
    (QS Al-Nisa '[4]: 23-24).

Kalaulah larangan berkahwin dengan isteri orang lain merupakan sesuatu yang boleh difahami, maka mengapa selain itu - yang disebut di atas - juga diharamkan? Di sini pelbagai jawapan dapat
dikemukakan.

Ada yang menegaskan bahawa perkahwinan antara keluarga dekat, dapat melahirkan anak cucu yang lemah jasmani dan rohani, ada juga yang meninjau dari segi keharusan menjaga hubungan kekerabatan agar tidak menimbulkan perselisihan atau perceraian sebagaimana yang boleh berlaku antara suami isteri.

Ada lagi yang memandang bahawa sebahagian yang disebut di atas, berkedudukan semacam anak, saudara, dan ibu kandung, yang kesemuanya harus dilindungi dari rasa berahi. Ada lagi yang memahami larangan perkawõnan antara kerabat sebagai usaha Al-Quran memperluaskan hubungan antarkeluarga lain dalam rangka mengukuhkan satu masyarakat.

PERKAHWINAN BERBEZA AGAMA

Al-Quran juga secara tegas melarang perkahwinan dengan orang
musyrik seperti Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah (2):

    Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik
    sebelum mereka beriman.

Larangan serupa juga ditujukan kepada para wali agar tidak menikahkan perempuan-perempuan yang berada dalam perwaliannya kepada laki-laki musyrik.

    Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik
    (Dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman
    (QS A1-Baqarah [2]: 221).

Menurut sementara ulama walaupun ada ayat yang membolehkan perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita Ahl Al-Kitab (penganut agama Yahudi dan Kristian), yakni surah Al-Maidah (51: 5 yang
menyatakan,

    Dan (dihalalkan pula) bagi kamu (mengawini)
    wanita-wanita terhormat di antara wanita-wanita yang
    beriman, dan wanita-wanita yang terhormat di antara
    orang-orang yang dianugerahkan Kitab 
   (suci) (QS  Al-Ma-idah [5]: 5).

Tetapi kebenaran tersebut telah digugurkan oleh surat Al-Baqarah ayat 221 di atas. Sahabat Nabi, Abdullah Ibnu Umar, bahkan mengatakan:

    "Saya tidak mengetahui kemusyrikan yang lebih besar dan
    kemusyrikan seseorang yang menyatakan bahawa Tuhannya
    adalah Isa atau salah seorang dari hamba Allah. "

Pendapat ini tidak disokong oleh majoriti sahabat Nabi dan ulama. Mereka tetap berpegang kepada teks ayat yang membolehkan perkahwinan semacam itu, dan menyatakan bahawa walaupun aqidah Ketuhanan ajaran Yahudi dan Kristian tidak sepenuhnya sama dengan aqidah Islam, tetapi Al-Quran tidak menamakan mereka yang menganut Kristian dan Yahudi sebagai
orang-orang musyrik.

Firman Allah dalam surat A1-Bayyinah
(98): 1 dijadikan salah satu alasannya.

    Orang kafir yang terdiri daripada Ahl Al-Kitab dan
    Al-Musyrikin (menyatakan bahawa) mereka tidak akan
    meninggalkan agamanya sebelum datang kepada mereka
    bukti yang nyata
    (QS. Al-Bayyinah [98]: 1).

Ayat ini menjadikan orang-orang kafir terbahagi dalam dua kumpulan berbeza, iaitu Ahl Al-Kitab dan Al-Musyrikin. Perbezaan ini difahami dari kata "wa" yang diterjemahkan "dan", yang oleh
pakar bahasa dinyatakan sebagai mengandungi makna "menghimpun dua perkara yang berbeza. "

Larangan mengahwinkan perempuan Muslimah dengan lelaki non-Muslim - Termasuk lelaki Ahl Al-Kitab - diisyaratkan oleh Al-Quran. Isyarat ini difahami dari redaksi surat Al-Baqarah (2): 221 di
atas, yang hanya berbicara tentang bolehnya perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita Ahl Al-Kitab, dan sedikit pun tidak menyinggung sebaliknya. Sehingga, seandainya perkahwinan semacam itu dibolehkan, maka pasti ayat tersebut akan menegaskannya.

Larangan perkahwinan antara pemeluk agama yang berbeza itu agaknya dilatarbelakangi oleh harapan akan lahirnya sakinah dalam keluarga. Perkahwinan baru akan langgeng dan tenteram jika terdapat kesesuaian pandangan hidup antara suami dan isteri, kerana jangankan perbezaan agama, perbezaan budaya, atau bahkan perbezaan tahap pendidikan antara suami dan isteri pun tidak jarang mengakibatkan kegagalan perkahwinan. Memang ayat itu membenarkan perkahwinan antara lelaki Muslim dan perempuan Utul-Kitab (Ahl Al-Kitab), tetapi kebolehan itu bukan saja sebagai jalan keluar daripada keperluan mendesak ketika itu, tetapi juga kerana seorang Muslim mengakui bahawa Isa as
adalah Nabi Allah pembawa ajaran agama. Sehingga, lelaki yang biasanya lebih kuat dari wanita - jika beragama Islam - boleh membiarkan dan mempersilakan Ahl Al-Kitab menganut dan melaksanakan syariat agamanya,

    Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku
    (QS Al-Kafirun   [109]: 6).

Ini berbeza dengan Ahl Al-Kitab yang tidak mengakui Muhammad Saw. sebagai nabi.

Di sisi lain harus pula direkodkan bahawa para ulama yang membolehkan perkahwinan lelaki Muslim dengan Ahl Al-Kitab, juga berbeza pendapat tentang makna Ahl Al-Kitab dalam ayat ini, serta keberlakuan undang-undang tersebut hingga kini. Walaupun penulis cenderung berpendapat bahawa ayat tersebut tetap berlaku hingga kini terhadap semua penganut ajaran Yahudi dan Kristian, tetapi
yang perlu diingat bahawa Ahl Al-Kitab yang boleh dikahwini itu, adalah yang diungkapkan dalam redaksi ayat tersebut sebagai "Wal muhshanat minal ladzina utul kitab". Kata al-muhshnnat di
sini bererti wanita-wanita terhormat yang selalu menjaga kesuciannya, dan yang sangat menghormati dan mengagungkan

Kitab Suci. Makna terakhir ini difahami dari penggunaan kata utuw yang selalu digunakan Al-Quran untuk menjelaskan pemberian yang agung lagi terhormat. [1] Itu sebabnya ayat tersebut tidak menggunakan istilah Ahl Al-Kitab, sebagaimana dalam ayat-ayat lain, ketika berbicara tentang penganut ajaran Yahudi dan Kristian.

Pada akhirnya betapapun berbeza pendapat ulama tentang boleh tidaknya perkahwinan Muslim dengan wanita-wanita Ahl Al-Kitab, namun seperti tulis Mahmud Syaltut dalam kumpulan fatwanya.
[2]

    Pendapat para ulama yang membolehkan itu berdasarkan
    kaedah syar'iyah yang normal, iaitu bahawa suami
    mempunyai tanggung jawab kepimpinan terhadap isteri,
    serta memiliki kuasa dan fungsi pengarahan terhadap
    keluarga dan anak-anak. Adalah kewajiban seorang suami
    Muslim - berdasarkan hak kepimpinan yang
    disandangnya - untuk mendidik anak-anak dan keluarganya
    dengan akhlak Islam. Laki-laki dibenarkan mengahwini
    non-Muslimah yang Ahl Al-Kitab, to perkahwinan itu
    membawa misi kasih sayang dan harmonisme, sehingga
    terkikis dari hati isterinya rasa tidak senangnya
    terhadap Islam. Dan dengan perlakuan suaminya yang baik
    yang berbeza agama dengannya itu, sang isteri boleh
    lebih mengenal keindahan dan keutamaan agama Islam
    secara amaliah praktikal, sehingga ia mendapatkan dari
    kesan perlakuan baik itu ketenangan, kebebasan
    beragama, dan hak-hak-haknya yang sempurna, lagi tidak
    kurang sebaik isteri.

Selanjutnya Mahmud Syaltut menegaskan bahawa kalau apa yang dilukiskan di atas tidak dipenuhi - sebagaimana sering berlaku pada masa kini - maka ulama sepakat untuk tidak membenarkan perkahwinan itu, termasuk oleh mereka yang tadinya membolehkan.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..