Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 22, 2010

Home » ASKAR BARAT HADAPI CUACA PANAS, BINATANG BISA

ASKAR BARAT HADAPI CUACA PANAS, BINATANG BISA

BANDARAYA KUWAIT: Kira-kira 150,000 askar Amerika Syarikat dan Britain yang berada di gurun Kuwait ketika ini, bukan setakat diancam serangan bom dan peluru tetapi turut berdepan cuaca panas melampau mencecah 50 darjah selsius dan binatang berbisa.

Perkhidmatan IslamOnline melaporkan, pasukan perubatan Kor Marin yang berada di gurun di utara Kuwait ketika ini turut menganggarkan ancaman terbesar datangnya daripada persekitaran kawasan operasi mereka.


Cesar Magana, anggota perubatan platun pasukan itu berkata, kehadiran askar Amerika itu ‘disambut’ musim binatang berbisa seperti ular dan kala jengking yang keluar apabila suhu mencecah 30 darjah selsius.

“Spesies tertentu binatang Iraq seperti ular, labah-labah, kala jengking, nyamuk pembawa kuman malaria yang boleh memberikan gigitan maut atau penyakit.

“Selain itu, lalat dan tikus yang turut membawa kuman wabak penyakit lain juga tidak kurang bahayanya,” kata Magana yang juga ahli biologi.

Antara yang paling bahaya termasuk sejenis ular kapak yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan tidak dapat memberikan reaksi kepada rawatan sehingga mati.

Menurut panduan Jabatan Pertahanan yang disediakan kepada askar yang bertugas, ular kapak jenis Levantine pula boleh menyebabkan kesakitan amat sangat kepada mangsa yang menderita sebelum meninggal dunia.


Selain itu dokumen itu turut memberi amaran mengenai kehadiran kala jengking berekor besar, dianggap terbisa di dunia dan labah-labah, Widow.

Magana, bagaimanapun menyifatkan ketakutan utama mereka adalah ancaman nyamuk pembawa malaria dan kutu yang menyebabkan demam berdarah dan boleh membawa maut.

“Dua binatang itu sememangnya tertarik dengan manusia, satu masalah yang mengancam kira-kira 150,000 askar Amerika dan Britain yang berada di gurun di utara Kuwait.

“Kutu itu turut tertarik dengan bunyi gegaran di darat. Selain itu, lalat pasir yang tidak terbang tetapi melompat pula boleh menyebarkan kuman yang membawa masalah melepuh.”

Bagaimanapun, katanya, kemalangan jiwa juga bakal disebabkan cuaca panas melampau dan kehilangan air yang banyak, terutamanya apabila mengenakan pakaian anti serangan kimia. – Agensi

sekadar renungan..


“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman”.

(QS. Al Hajj: 38).

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..