Pastikan anda telah mempunyai akaun email dengan
Gmail (Google).
Jika tiada, sila buka 1 akaun Gmail di sini :
http://mail.google.com/
Setelah anda buka 1 akaun Gmail anda boleh mula
untuk membina blog.
Klik link ini :
http://blogger.com

Dalam bahagian SIGN IN masukkan email anda dan
password, setelah itu klik SIGN IN.
Klik
CREATE A BLOG
.

Anda akan dibawa ke laman NAME YOUR BLOG pula.
BLOG TITLE
Anda letak tajuk yang anda rasa sesuai sesuai dengan apa yang ingin anda sampaikan.
Contoh : Kisah Hidupku, Kisah Keluargaku
BLOG ADDRESS (URL)
Pilih nama yang sesuai dengan apa yang ingin anda sampaikan. Jika anda ingin bercerita mengenai diri anda mungkin anda boleh letak alamatnya seperti ini : ramli.blogspot.com, ali.blogspot.com.
Jika nama yang anda pilih tidak diluluskan maka buat pilihan nama yang lain tetapi pastikan ianya berkaitan dengan apa yang akan anda sampaikan.

Masukkan CAPTCHA kod seperti yang tertera.
Klik CONTINUE

Anda akan dibawa ke laman CHOOSE A TEMPLATE.
Pilih mana2 template yang anda minati. Klik ikon bulatan pada mana-mana template yang anda minat.
Klik CONTINUE
Mesej ini akan keluar :
Your blog has been created!
Klik
START BLOGGING

Anda sekarang berada di dalam bahagian POSTING Tulis apa sahaja artikel atau cerita yang anda
ingin sampaikan di dalam kotak tersebut.
Setelah anda lakukan seperti apa yang saya tunjukkan di atas, sekarang anda klik
PUBLISH POST
.

Klik
VIEW BLOG
.
Sekarang blog anda
sudah siap!
Semoga entri pada kali ini dapat membantu anda yang ingin menceburi bidang blog. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment