Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 25, 2010

Home » » Perjuangan

Perjuangan

"Dalam kesibukkan kota ini
Ada insan yang tercari-cari
Mencari sebuah bahtera perjuangan
Untuk dilayari menuju pelabuhan jauh
lalu dalam pelayaran itu,
Telah ku temui sebuah pulau perjuangan,
Disini ku tabur benih-benihnya,
Agar perjuangan itu bisa subur,

Kini jiwaku telah sebati dengan perjuangan ini
Perjuangan yang memerlukan seribu pengorbanan
Perjuangan yang tidak meminta balasan
Ku pinta hanya simpati
Ku harap hanya sokongan
Ku cari hanya keredhaan
Ku impikan sebuah kejayaan
Ku nanti satu kemenangan
Kemenangan yang dijanjikan
Bukan kemenangan yang sementara cuma
Tapi kemenangan yang hakiki.

Namun perjuangan perlu kepada ketabahan
Perjuangan perlu kekuatan
Perjuangan perlu kesabaran
Perjuangan perlu semangat
Perjuangan perlu kesungguhan
Perjuangan perlu kerajinan
perjuangan perlu kebijaksanaan
tanpa semua itu
perjuangan akan lesu dan longlai
Lalu terus gagal.

Dalam kepayahan ini kegagahi jua
Mengatur langkah demi langkah
Meredah dugaan
Merempuh halangan
Demi Mencari sebuah kejayaan
Untuk dikecapi anak bangsa
Juga penghuni jagat raya 

tinta oleh:
Ass_Insani6219
Pusat Kegiatan Guru
Kanchong Darat

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..