Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 11, 2010

Home » » Kriteria Pemilihan Calon Isteri Yang Baik

Kriteria Pemilihan Calon Isteri Yang Baik

Menikah hanya dilakukan satu kali seumur hidup dan kita akan terus hidup bersama-sama dengan orang yang kita pilih sebagai isteri kita beserta anak yang mungkin kita hasilkan dari pernikahan itu. Memilih pasangan hidup yang tepat adalah salah satu bahagian terpenting dalam hidup dengan banyak aspek dan faktor kriteria pemilihan yang harus dihitung dengan matang. Gadis atau janda semua sama saja di mana anda perlu melakukan penjajakan yang cukup sebelum melangkah ke jenjang yang lebih tinggi.
Kesalahan memilih wanita / perempuan yang kita nikahi akan membawa kesan buruk pada kualiti hidup kita di masa depan. Cerai adalah pilihan yang sangat buruk yang boleh diambil ketika semua cara dan usaha telah dicuba untuk membuat hubungan menjadi baik tidak berjaya dan boleh membahayakan jika terus dibiarkan.
Percintaan merupakan salah satu usaha untuk mencari pasangan hidup yang tepat. Percintaa yang baik adalah dengan tidak melakukan apa yang boleh dilakukan pasangan yang sudah berkahwin. Sekiranya dalam proses percintaan mereka telah melakukan hubungan suami isteri yang tidak semestinya. justeru akan membawa kesan yang buruk pada hubungan setelah menikah dan lebih buruk sekiranya mereka akan berkahwin dengan pasanagan yang lain

Berikut ini adalah Kriteria Pemilihan Calon Isteri Yang Baik:

1. Saling Jujur , Cinta Dan Setia
Mana ada orang yang suka dipermainkan apatah lagi ditipu. Pilih wanita yang boleh dipegang kata-katanya dan hanya akan berbohong untuk kepentingan keluarga yang positif. Jika sifat suka berbohongnya amat ketara. Rumah tangga akan porak peranda kerana anada sering ditipu walau sesuatu perkara yang kecil. 
Wanita yang setia pada anda akan selalu mencintai anda dan akan selalu berada di samping anda ke mana pun anda pergi dan dalam keadaan apa pun. Cinta juga menjadi yang sangat penting, kerana cinta adalah modal dasar dari hubungan suami isteri yang baik dan sebaiknya sudah ada sejak status masih alam percintaan.

2. Penampilan Menarik
Sebaiknya anda mencari perempuan yang dari fizikal anda suka namun bukan hasil solekan atau pun perhiasana yang melampaui batas. Menarik tidak harus selalu cantik, ayu, seksi,  manis dan sebagainya, tetapi yang tidak membuat anda benci jika melihatnya walau puluhan tahun mendatang  tetap dapat membuat anda tersenyum bahagia ketika memandang wajahnya. Jangan lupa dengan penampilan anda sendiri ketika sudah menikah. Jangan buat si dia jemu dan jadi benci sama anda.

3. Taat Ibadah
Ini hal yang penting bagi masa depan keluarga anda. Anak-anak anda nanti akan dibimbing lebih banyak oleh seorang ibu. Jika ibunya amat jelek kelakuannya, maka akan mencorak keperibadia seorang anak. Cari wanita solehah yang dapat mendidik anak-anak menjadi manusia yang berakhlak soleh dan mempengaruhi anda untuk beribadah lebih baik lagi.

4. Bijaksana yang setaraf
Jangan mencari jodoh gadis kampung atau gadis kota yang memiliki intelegen di bawah rata-rata atau melebihi kita. Ini kerana wanita yang bodoh tidak akan mampu membantu mencari penyelesaian pada saat-saat diperlukan dan mungkin akan terkekang selama hidup dengan kita karena harus selalu menurut pada sang suami. Isteri yang terlebih bijak pula akan merasakan bahwa mereka yang perlu mengatur rumah tangga dan mempertikaikan kuasa anda sebagai seorang suami.

5. Tidak Materialistik
Carilah gadis atau wanita yang sederhana keinginannya. Jangan cuma cari gadis atau wanita dari cantiknya saja, tapi dari hatinya. Sebanyak apa pun wang yang kita dapat dari bekerja tidak akan cukup untuk menyara seorang isteri. Kemungkinan besar ekira anda tidal lagi mempunyai harta dan diuji dengan papa kedana. Ia sanggup meninggalkan anda dan anak-anaknya untuk mengejarkemewahan dari orang yang lain.

6. Tidak emosinal Dan Dapat menenangkan
Isteri yang murah senyum, lemah lembut, tidak suka marah dan tidak mudah stres menghadapi masalah hidup adalah isteri yang baik. Sebelum kawin dan sepanjang tempoh percintaan anda wajib melakukan pengamatan emosional, sikap dan perilaku. Jika pasangan anda kerap sekali marah meledak-ledak dan tidak boleh diubah sebaiknya tinggalkan saja. Hidup dimarahi isteri terus-menerus akan membuat anda menderita. 
Isteri yang baik adalah isteri yang bisa menenangkan di kala suka dan duka dalam pelbagai keadaan baik terhadap suami mahupun terhadap anak. Pilih juga yang mencintai keluarganya dan keluarga kita masing-masing.

7. Sihat Jasmani Dan Rohani
Pilihlah yang dari segi fizikal dan mental / jasmani dan rohani yang sihat wal'afiat. Pilih yang sihat, cerah, kuat, dan tidak mudah sakit. Dari segi kesuburan pun juga penting jika anda ingin punya keturunan. Jika belum yakin maka sebaiknya anda melakukan pemeriksaan kesihatan berdua saat pranikah. Perhatikan pula keluarganya apakah ada yang punya riwayat penyakit yang boleh menurun dan bisa berakibat fatal. Terkadang suatu penyakit dapat diturunkan ke anak dan atau cucu.

8. Dapat dipimpinl Dan Memimpin
Di saat isteri melakukan tindakan yang tidak sesuai dengan yang kita inginkan, berbicaralah dengan baik tanpa emosi dengan sebaiknya jika si isteri melakukan apa yang kita tidak inginkan beserta alasannya. Begitu juga sebaliknya, di mana kita boleh dikritik isteri pada sikap dan perilaku kita secara kekeluargaan dan baik-baik. Untuk melakukan hal ini diperlukan adanya kesefahaman yang kuat di mana suami dan isteri sama-sama bagaikan dalam satu pasukan kepimpinan yang padu. Bukan hanya suami saja yang jadi pemimpin dan isteri cuma mengikut saja. Umumnya untuk dapat jenis gadis semacam ini adalah yang umur yang tidak terlalu ketara dan tahap kepandaian yang setara.

9. Restu Keluarga, Teman Dan Sebagainya
Hubungan suami isteri harus disokong oleh orang-oang yang ada di sekitar kita mulai dari orang tua, mertua, teman, kerabat, saudara, teman, tetangga, dan lain-lain. Pernikahan yang emosional tanpa sokongan orang dekat dapat memba impak yang buruk bagi hubungan di masa mendatang. Yang jelas jika belum mendapat kelulusan, anda harus dapat berbicara dengan baik untuk mempertahankan hubungan anda. Dan berusaha memnawan hati mereka untuk memdapat restu.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..