.
Namun begitu benarkah perasaan manusia terus tega dan tidak pernah berubah?
Sedangkan kita sendiri sedar fenomena alam membuktikan bahawa sesuatu perkara yang berlaku pasti akan mengubah. Misalnya, Pantai.. pasang surutnya air mampu mengubah pasiran...
Tidak ada yang boleh meletakkan senarai khusus daripada pelbagai jenis cinta, ada fantasi cinta dan ada cinta seksual, dan ada cinta romantis, dan ada ((anomali)), yang menyebut dirinya atas nama cinta, juga, yang semuanya mengambil nama yang diakui secara luas adalah ((Love)).
Tapi apa yang membezakan cinta sejati dari cinta palsu?
Apa yang harus kita lakukan untuk melihat kenyataan bahawa perasaan kita?
Perjalanan cinta dalam kehidupan manusia hakikatnya telah dimulai dari zaman kanak-kanak lagi, di mana anak berkaitan dengan ibunya dan sangat bergantung pada mereka untuk semua keperluan mereka, dan mendapatkan bimbingan juga kasih dari fitrah semulajadi seorang ibu..
Setelah anak mencapai usia remaja dan mula mengenal erti hidup dan dunia mereka mula cuba berdiri sendiri untuk memulakan jenis cinta baru, cinta persahabatan terhadap teman dan kawan2 persekitaran mereka. Dan pada waktu yang sama tumbesaran anak dengan perasaannya terhadap Orang tua mereka untuk memulakan sebuah kekaguman yang mendalam baginya. Dimana kekaguman itu menjadi ikutan kepada mereka. Pendek kata setiap kelakuan ibu dan ayah secara lansung telah menjadi acuan dalam membentuk pemikiran anak-anak mereka.
Seiring dengan kedewasaan dan kematangan yang dialami oleh si anak. Mereka mulai cinta dengan sekumpulan rakan pada usia yang sama kerana ia menemui mereka menyenangkan dan hiburan, boleh digabungkan teman berkongsi hobi, dan atas semua, kedua-duanya menerima yang lain dan dicintai. Dan kemudian anak itu memulakan kesilapan dalam membuat tindakan dan keputusan, selama masa remaja mengabaikan cinta erotis pada masa yang sama menghadap cinta yang lain adalah mengasihi fantasi romantis, dan kemudian campur dalam satu emosi, meskipun perbezaan masing-masing.
Seharusnya mereka dalam usia remaja telah mula untuk mengenal rasa mengasihi dirinya sendiri terlebih dahulu, dan menganggap dirinya lebih atau kurang tetap adalah yang terbaik kerana redha pada setiap yang terjadi melatih rasa kecintaan pada sang pencipta dengan rasa ikhlas dan rendah hati. Walaupun tidak dinafikan kita semua ingin mendapatkan penghormatan dan kekaguman dari orang lain. Dan sentiasa mengharap orang lain sentiasa berbicara untuk diri kita bila mana memiliki kesempurnaan dan kebolehan atau mampu menjadi yang terbaik.
Hanya sedikit dari kita mampu untuk menyatakan cintanya untuk dirinya sendiri. Mensyukuri dengan segala yang telah terjadi. Ikhlas melatih cinta yang abadi dihati. Malah sering merasakan perbezaan di antara mereka. Sering mengatakan diri adalah tidak ada keadilan Rahmat Tuhan yang menjadikan mereka. Bagaimanakah kita mampu untuk memberikan cinta kepada orang lain? Sedangkan kita tidak mampu mencintai Pencipta yang telah pun mencipta orang disekelilingya. Dan mengapa harus kita yang lebih memilih untuk hanya menikmati cinta kepada orang lain tanpa memberi diri sendiri cinta kita.?
Dalam perjalanan membina sikap dan keperibadian kita semua, memang tidak akan lari dari rasa kecintaan. Dan harus diingat. Cinta yang kita buru dan kita kejar. Adakah akan kekal untuk selamanya? Apakah kita fikir satu perjalanan itu terlalu mudah? tiada halangan dan rintangan. Percintaan yang ibarat satu perjuangan dan pengembaraan.. terlalu jauh perjalanannya.
Tidak mustahil pada suatu masa, kehilangan mungkin juga akan terjadi. walau kita merasakan kita telah sedaya upaya melakukan yang terbaik didalam cinta. Dan pada waktu ini kemampuan untuk membezakan perasaan semakin kabur. Kita menafikan ketentuan Tuhan. Qadak dan qadar yang telah termaktub. Mula menyalahkan takdir yang tidak berlaku adil kepada diri kita. Namun seandainya jika kita mencari cinta yang sejati terlebih dahulu melatih diri untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu, pasti ia tidak mendatangkan kecelaruan perasaan juga kesedihan. Kit6a tidak melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri kita hanya kerana kehilangan cinta. Kerana keikhlasan jua keredhaan telah menjadi penawar segala musibah yang menimpa kita. Dan semua yang telah menjadi kenangan kita, kita mampu menerimanya dengan penuh kesyukuran.
-Tinta_emas82-
No comments:
Post a Comment