Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 15, 2010

Home » » Balasan keingkaran

Balasan keingkaran

(MALAIKAT-MALAIKAT) yang mulia, lagi yang berbakti. Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?'' (Abasa : 16 - 17)

Huraian:
Tujuan utama manusia dihidupkan ialah supaya beribadah kepada Allah s.w.t. dengan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Kehidupan mereka hendaklah sentiasa mengikut apa yang diajarkan oleh Islam agar mereka tidak terseleweng dari landasan Islam serta berlaku ingkar terhadap perintah dan suruhan Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan cara hidup Islam berdasarkan kepada al-Quran dan sunah serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Baginda sentiasa mengingatkan balasan bagi setiap amalan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa ayat 124 yang bermaksud:

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedangkan ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

Manakala di dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud:
Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.
Keindahan Islam yang diajarkan oleh baginda s.a.w. hendaklah dipelajari, dihayati dan diamalkan di dalam kehidupan seharian.


Kesimpulan:

Kehidupan di dunia merupakan ujian buat manusia untuk ditempuhi dan dinilai amalannya; siapakah yang berbuat baik dan tinggi ketaqwaannya adalah ukuran amalannya.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..