Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 8, 2010

Home » Perkahwinan membentuk sebuah keluarga bahagia

Perkahwinan membentuk sebuah keluarga bahagia

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan(lain) dia,tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka(berkahwinlah) seorang sahaja…” (Surah An-Nisa’ 4:3)




KELUARGA merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah bergantung kepada bilangan anggotanya.

Keluarga dapat terbentuk melalui perkahwinan. Dan ia juga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.

Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pasti bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang sebaliknya. Namun dalam membentuk keluarga bahagia perlulah berlandaskan lunas-lunas syariat.

Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaran agama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu. Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik penghidupan.

Kelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini amatlah banyak dan ketara sekali. Bangun runtuhnya umat Islam bergantung kepada sikap setiap individu dan keluarga umat Islam itu sendiri adalah satu cara yang cukup mujarab untuk mengelakkan perkara tersebut dari terus berlaku

Ramai di antara kita yang mendirikan rumah tangga kurang memahami tugas dan tanggungjawab, tujuan dan dasar berkeluarga seperti yang dikehendaki oleh Islam. Kebanyakan kita yang mendirikan rumah tangga semata-mata untuk memenuhi naluri kemanusiaan sahaja. Jika sikap seumpama itu tidak dibendung dan diatasi, maka keluarga bahagia hanya tinggal impian.

Apabila kita memperkatakan keluarga bahagia maka kita tidak dapat lari dari membincangkan atau mengaitkan pembinaan sebuah keluarga bahagia dengan nilai-nilai moral yang sudah setentunya berasaskan kepada ajaran-ajaran agama Islam yang begitu luhur dan murni. Antara lain yang menjadi pokok perbincangan dalam hal ini ialah tujuan perkahwinan, asas perkahwinan, tugas dan tanggungjawab
untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

Perkahwinan yang kemudiannya membuahkan anak pinak adalah asas kepada terbentuknya sebuah unit keluarga. Perkahwinan adalah ikatan yang suci lagi mulia dan menggambarkan perkembangan yang sihat di dalam usaha sesebuah masyarakat untuk mencari kesempurnaan dan kebahagiaan hidup serta melahirkan keturunan atau zuriat

Antara tujuan murni sebuah perkahwinan ialah untuk menyempurnakan penghidupan seseorang itu menjadi berpasangan dan membina penghidupan dan tanggungjawab sendiri. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan manusia itu melakukan sesuatu yang di luar batasan peradaban dan tatasusila. Ia juga menjadikan manusia
lebih teratur dan bersistem umpamanya akan melahirkan anak, cucu, cicit dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..