Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

November 22, 2010

Home » » Tip berdepan cabaran dunia percintaan

Tip berdepan cabaran dunia percintaan

Dunia percintaan memang mengasyikkan. Kehadirannya sukar ditolak terutama apabila ia dating tanpa diduga. Tanpa kekuatan iman dan focus yang jelas, seseorang boleh hanyut dan tenggelam dalam api keghairahan. Justeru tip ini ingin berkongsi idea dan pandangan dalam menangani rasa cinta agar ia mendatangkan kebaikan bukan merosakkan masa depan.

1. perasaan cinta adalah lumrah yang akan dirasai oleh sesiapa sahaja apabila sampai waktunya. Ia dating dalam jiwa sebagai pelengkap kehidupan yang menarik manusia untuk membina perhubungan zahir dan batin.

2. namun cinta yang dibina daripada kehendak nafsu semata-mata akan membuatkan seseorang hilang pertimbangan akal dan jiwa sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja. Justeru, buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan.

3. islam tidak pernah melarang umatnya bercinta tetapi biarlah kena dengan garis panduan agama. Ia termasuklah tidak membelakangkan ibu bapa atau membuang keluarga.

4. kesilapan dalam menterjemahkan perasaan cinta kepada manusia akan membuatkan seseorang terperangkap dengan perasaannya sehingga tidak lagi mampu menimbang yang baik atau buruk.

5. cinta yang bersih akan melahirkan perlakuan yang sentiasa menjaga kesucian serta tidak dicemari dengan gejala yang kotor. malahan cinta yang dibina berasaskan perasaan yang ikhlas dan bertanggungjawab akan melahirkan hidup yang penuh kenikmatan sejati.

6. janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah cinta. ini kerana rasa sayang dan cinta bukan sekadar membabitkan fizikal tetapi emosi dan spiritual hingga menyebabkan kadangkala cinta boleh hilang begitu saja.

7. cinta sebenar dicipta untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. melalui cinta, kehidupan manusia dapat diteruskan dan melahirkan generasi yang akan mewarisi peradaban baik dan mengekalkan kehidupan yang sempurna.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..