Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 13, 2010

Home » » Akal

Akal

Akal,
Engkaulah pembimbing diri ini,
Mengajar insan kerdil merasa lebih agung,
Semulianya kejadian kerana adanya dirimu,

Akal,
Engkau menimba dan terus menggali,
Segala ilmu dan tenaga,
Mengurai segala persoalan
Melerai segala kesangsian
Mencari satu dentinasi kepastian
Bukti perlunya pengabdian,

Akal,
Engkau penerang gelap bagi setiap insan,
Penentu menang kalah dalam satu percaturan
Pada kami yang lemah kudratnya,
Hadirmu menjadi satu senjata,
Muslihatmu tidak mengenal mangsa,
Siapa lemah ia harus dibawah…

Akal,
Mengapa kini…
Kewarasanmu sering dibatasi oleh perasaan
Kebenaranmu sering dihijapi dengan kepalsuan
Manusia yang sebaiknya ciptaan
Kini menjadi selayaknya haiwan
Apakah kerana insan…
Kian lupa yang mereka hakikatnya mempunyai akal….

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..