Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 15, 2010

Home » » SEKUNTUM MAWAR MERAH DI HARI VALENTINE...?

SEKUNTUM MAWAR MERAH DI HARI VALENTINE...?

Assalamu’alaikum wbt…

Alhamdulillah dengan limpah rahmat kasihNya dapat kita bertemu lagi di pagi jumaat di minggu pertama bulan Syaban ini. Selawat serta salam buat Qudwah Hasanah SAW juga buat para sahabat dan tabiin. Diam tak diam, kita sudah berada di bulan Julai. Rasanya macam baru semalam sahabat kita di luar sana meraikan piala dunia. cepatnya waktu berlalu… Bulan ramadhan juga akan menjelang beberapa minggu lagi. Syukur masih ada lagi hayat buat kita.


Pada pagi ini, saya ingin mengulas tentang perayaan di bulan Februari. Sebut sahaja bulan Februari, apa yang terlintas di fikiran sahabat-sahabat semua? Tentu sahaja dengan pantasnya memikirkan 14 Februari, yang mana ia adalah hari memperingati kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine’s Day.

Tentu sahaja kita masing-masing memikirkan apa hadiah yang terbaik harus diberikan pada pasangan. Yang lelaki sibuk fikir nak bagi ‘awek’ bunga mawar yang tercantik, yang perempuan sakit kepala fikir hadiah apa yang sesuai untuk ‘balak’nya.

Tak terfikirkah kita yang dari mana datangnya Valentine’s Day itu dan apa sejarahnya. Sebagai ummat Islam kita harus peka. Untuk pasangan kita, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka, tapi kenapa dengan Allah kita tak cuba fikir dan usahakan ibadah yang terbaik untukNya? Cuba renung sejenak, layakkah kita Allah pinjamkan segala ni’mat yang ada, sedangkan kita terus alpa. Allah sentiasa memberi walaupun kita terus lupa untuk bersyukur.

Tak malukah kita sebagai hambaNya? Kita hidup hanya sementara bagai pelayar sepi, kita harus kumpul bekalan sebanyak mungkin. Entahkan esok, entahkan lusa pelayaran kita mungkin akan berakhir. Namun, kita tak tahu di manakah destinasi kita. Di sini kita mampu membuat pilihan, namun di sana? Tepuk dada tanyalah iman!

Disini ingin saya bertanya berapa ramaikah dikalangan kita sedar akan kedatangan awal Muharam berbanding Valentine’s Day? Bila sebut 10 Februari ini adalah awal muharam saja, masing-masing terpacul ayat “eh, ye ke dah nak ma’al hijrah?” Tak malukah kita sebagai muslim/ah tak ingat hari bersejarah. Detik-detik bersejarah dalam perjuangan Rasulullah SAW terus dilupakan, tak malukah kita mengaku sebagai ummat baginda? Layakkah kita mendapat syafaatnya nanti?

Saya percaya ramai remaja di luar sana yang kadangkala cemburu pada pasangan ber’couple’. Wahai sahabat, jangan khuatir kerana Allah tak pernah biarkan kita sendiri. KasihNya sentiasa bersama kita walau di manapun kita. Namun, ia bergantung pada setakat mana kita meletakkan penggantungan hati kita padaNya. Di manakah kita meletakkan Allah dalam hati kita? Percayalah, jika kita meletakkan Allah di tempat yang tertinggi dalam hati kita, insya Allah Allah akan hadirkan seseorang untuk kita yang mana dia dicintai Allah dan cintanya pada Allah bagaikan cinta kita padaNya... Maka, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita..sama ada kita layak atau tidak menjadi hamba yang dicintaiNya serta untuk mendapat syafaat Baginda nanti? kita akan susuri sejarah Valentine’s Day dalam ruangan yang seterusnya, insyaAllah.



Dalam buku The World Book Encyclopedia 1998 dijelaskan bahawa hari kasih sayang adalah budaya kaum Rom pada satu masa dahulu. Ia disambut pada 13 hingga 18 Februari sempena menghormati Dewi Cinta.Acara ini bermula pada 13 Februari di mana setiap gadis bangsa Rom ini akan menulis nama pada sehelai kertas dan kemudian dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari pemuda-pemuda Rom akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu.

Mereka akan hidup bersama dengan perempuan yang namanya tertera dalam lipatan kertas tersebut selama setahun. Jika pasangan ini serasi dan saling cinta mencintai antara satu sama lain dalam tempoh masa tersebut, mereka akan dikahwinkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia. Tradisi ini menjadi salah satu ajaran agama Kristian apabila agama tersebut memasuki Rom. Tetapi ia telah ditukar kepada valentine day sempena menghormati St Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.

Dalam buku Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang bernama Valentine. Antaranya, ialah St Valentine yang hidup pada zaman Kaisar Claudius II yang melarang askar untuk berkahwin kerana menganggap perkahwinan hanya akan melunturkan semangat patriotik askar-askar tersebut. St Valentine tidak bersetuju dengan sikap Kaisar itu, lalu menikahkan seorang askar. Akibat tindakannya itu, St Valentine telah dihukum bunuh pada 14 Februari. Lanjutan daripada peristiwa tersebut, 14 Februari telah dianggap sebagai hari suci.

Kebiasaan mengirim surat pada 14 Februari dimulakan oleh Duke of Orleans yang dipenjara di Tower of London pada 1415. Dia telah mengirim surat, berupa puisi kasih sayang kepada isterinya pada tarikh tersebut. Perbuatan ini kemudian ditiru oleh masyarakat Barat dan kemudian menjalar ke Timur dan akhirnya menjadi budaya global hingga ke hari ini.

Adakah kita masih teringin untuk meraikan Valentine’s Day ini lagi setelah mengetahui sejarahnya? Kita tidak berdosa jika kita tidak tahu (jahil) tetapi apabila kita sudah mengetahuinya, namun masih mahu melakukannya ia adalah berdosa. Maka, buatlah pilihan sebelum hak memilih bukan di tangan kita lagi..



COUPLE ISLAMI...?

Hari ini, seringkali kita dengar dan lihat bagaikan sudah jadi budaya dari yang tidak bertudung hinggalah yang bertudung labuh, serta yang ber’cap’ hinggalah yang berkupiah rata-ratanya terjebak dalam percintaan tanpa ikatan atau lebih dikenali di kalangan remaja dengan COUPLE. Malah untuk pasangan ala-ala islamik dipanggil COUPLE ISLAMI. Bukan ke COUPLE dengan ISLAMI itu dua benda yang sangat bertentangan? Tidak salah bercinta, yang bersalahnya adalah memuja cinta. Sekarang kita bukan bercinta tetapi memuja cinta. Namun bukankah lebih manis jika percintaan itu dengan ikatan pernikahan. Pelikkan, kita takut nak nikah awal tetapi tak takut buat maksiat. Jika kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan, ertinya kita juga belum bersedia untuk bercinta. Bersediakah kita untuk tidak meletakkan pasangan kita di atas cinta kita pada Allah?

Pelik kan bila mengaji Al Quran 10 minit dah terasa lama, kering tekak dan sebagainya namun bila bergayut dengan pasangan atau bila menghadap handphone 2 jam pun terasa sekejap. Masya Allah sahabat, jika begitu benarkah kita meletakkan Allah di tempat yang teragung dalam hati kita. Jika namanya terkenang-kenang di dalam solat, wajahnya terbayang-bayang, tidur tak lena dan mandi tak basah... jangan kita berani mencabar Allah. Janganlah kita mengundang murka Allah, kelak hidup tiada barakah. Terfikirkah kita apa punca semua perkara ini terjadi? Tidakkah terlintas bahawa ia semua lahir dari pandangan mata dan kurangnya perasaan malu? Dari dua perkara ini akan lahirlah pelbagai masalah lain seperti penyalahgunaan handphone.

Kita harus menjaga pandangan kita. Dari pandangan matalah lahir pelbagai masalah lain kerana ia terus turun ke hati. Memanglah jika hati bersih itulah yang terbaik, namun bersihkah hati kita? Allah sudahpun mengingatkan kita agar memelihara pandangan mata. Tidak kiralah lelaki atau wanita. Bagi yang lelaki rujuklah surah an-Nur: ayat 30 (Katakanlah pada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,...) dan untuk yang wanita surah an-Nur: ayat 31 (Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,...). Apa yang disaksikan oleh kedua mata dan didengar oleh kedua telinga akan berjinak di dalam hati. Kemudian dalam hadith Rasulullah SAW, Baginda menyebut tentang perihal malu. Sabda Rasulullah SAW: setiap akhlaknya dan (punca) akhlak Islam itu adalah al-haya’ (malu). (Riwayat Malik, Ibn Majah dan Baihaqi). Malu dan iman adalah teman seiring jalan seperti dalam Sabda Rasulullah SAW: Malu dan iman adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat maka terangkatlah pula satu lagi. (Riwayat Muslim).

Bagi seorang wanita yang dapat memelihara sifat malunya, di situ terletak daya penarik pada dirinya. Wanita yang mempunyai sifat malu dan memelihara kesuciannya akan menutup aurat mereka dan membataskan pergaulan mereka dengan lelaki yang bukan mahram. Kita hendaklah yakin dengan janji Allah bahawa sesiapa yang mengotori diri pasti akan rugi di dunia dan akhirat. Oleh itu, hendaklah sentiasa berdoa dengan doa Rasulullah SAW: “Ya Allah, berilah aku nampak kebenaran sebagai kebenaran dan berupaya mengikutinya, dan nampak kejahatan sebagai jahat dan berupaya menjauhinya.”

Perhatikanlah kata-kata pujangga Maulana Iqbal: “Jika ingin melihat keadaan sesebuah masyarakat pada masa kini, lihatlah pada akhlaknya golongan lelakinya pada masa kini. Tetapi jika ingin tahu keadaan masyarakat itu pada masa hadapan, lihatlah pada akhlak golongan perempuannya pada masa kini”. Sedarlah wahai sahabat, kita sudah jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Ketahuilah COUPLE dan ISLAMI adalah perkara yang sangat bertentangan bagaikan langit dengan bumi. Tiada istilah COUPLE ISLAMI.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..