Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 3, 2010

Home » » Memikat hati suami.

Memikat hati suami.



Dunia perkahwinan bukanlah untuk sehari dua.. malah adalah untuk sepanjang hayat dan kelak akan ditemukan kembali disana.. Setiap isteri mengharapkan perkahwinan yang dibina kekal dan dapat menjadi ketua bidadari buat suaminya kelak. Oleh itu, saya tuliskan cara-cara untuk memikat hati suami.

1. Anda perlu menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan-jelingan manja.


2. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

3. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yang boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

4. Selalu memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..