"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."
[HR Tirmidzi]
Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….
”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.
Antara hal-hal yang boleh menguatkan ukhuwah Islamiyah adalah:
1. Memberitahukan kecintaan pada yang kita cintai
2. Memohon dido’akan bila berpisah
3. Menunjukkan kegembiraan & senyuman bila berjumpa
4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
5. Mengucapkan selamat berkenaan dengan kejayaan
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
7. Sering mengunjungi saudara
8. Memperhatikan saudaranya & membantu keperluannya
9. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana. "
[Al-Anfal 8:63]
"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah".
(HR Imam Ahmad)
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan teman. Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman sebagai kekuatan. Jadilah kita temannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu…tetapi kita boleh tahu jika kita ikhlas bersahabat dengannya.
Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.
Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
{As-syahid Imam Hassan Al-Banna}
Apabila hati kita meyakini hanya Allah yang berhak dan layak disembah, inshaAllah segala amal perbuatan kita adalah keranaNya...dan kerana itulah kita dapat merasai kemanisan ukhwah walaupun hanya pertama kali kita berjumpa... dan apabila ukhuwah ini mula terbina, kita akan sentiasa merasai bahawa adanya sahabat-sahabat yang saling memahami kita dan akan membimbing kita di kala kita `futur`,`terleka`atau`down `dalam usaha di jalanNya...
Quoted:
"Sahabat."
"Janji pada aku 2 perkara"
"Pertama, ingatlah aku dalam setiap doamu."
"Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku.
"Sahabat."
"Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."
♥ INNI UHIBBUKUM FILLAH~! ♥
[HR Tirmidzi]
Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….
”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.
Antara hal-hal yang boleh menguatkan ukhuwah Islamiyah adalah:
1. Memberitahukan kecintaan pada yang kita cintai
2. Memohon dido’akan bila berpisah
3. Menunjukkan kegembiraan & senyuman bila berjumpa
4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
5. Mengucapkan selamat berkenaan dengan kejayaan
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
7. Sering mengunjungi saudara
8. Memperhatikan saudaranya & membantu keperluannya
9. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.
[Al-Anfal 8:63]
"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah".
(HR Imam Ahmad)
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan teman. Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman sebagai kekuatan. Jadilah kita temannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu…tetapi kita boleh tahu jika kita ikhlas bersahabat dengannya.
Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.
Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
{As-syahid Imam Hassan Al-Banna}
Apabila hati kita meyakini hanya Allah yang berhak dan layak disembah, inshaAllah segala amal perbuatan kita adalah keranaNya...dan kerana itulah kita dapat merasai kemanisan ukhwah walaupun hanya pertama kali kita berjumpa... dan apabila ukhuwah ini mula terbina, kita akan sentiasa merasai bahawa adanya sahabat-sahabat yang saling memahami kita dan akan membimbing kita di kala kita `futur`,`terleka`atau`down
Sahabat,
Kadang-kadang langkahan kaki saya juga bengkok. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Kamu pun nak masuk syurga bukan? Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumbang-ambing saat itu. Tolong betulkan saya,ya~!
Quoted:
"Sahabat."
"Janji pada aku 2 perkara"
"Pertama, ingatlah aku dalam setiap doamu."
"Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku.
"Sahabat."
"Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."
♥ INNI UHIBBUKUM FILLAH~! ♥
No comments:
Post a Comment