Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 3, 2010

Home » » Puisiku untuk abah tercinta

Puisiku untuk abah tercinta



Aku pernah bermain relai-relai sawit
di zaman indah kanak-kanak
tak peduli tubuh disaluti merah laterit
meski jari tercucuk duri pelepah
Itulah padang tempatku bermain..
Padang nan subur dan basah dek keringat abah.

Abah
Insan paling gagah yang pernah kukenali
yang punyai hati sekeras batu
sekukuh waja.
Dia tak bisa merungut!
Bila diri pedih digigit mentari saban hari
dan tubuh lunyai dimamah usia..
Aku pula?
tak mungkin dapat menyukat
liter keringat yang berjasa,
malah sering terlupa
betapa kasar jemari abah dek kerana budinya kepada tanah
Apakah aku tidak betah
mengira kedut-kedut di dahinya
dan ombak-ombak halus makin ketara di dadanya?

Sungguh! Aku kagum dengan seorang Abah
Tiada pernah mataku terimbas riak putus asa
tidak jua telingaku terdengar kau berbisik menyesali nasib
Hanya yang jelas terhidu
semangatmu sekental wira-wira pagan
dan semangat itulah
saban hari mengalir bersama darahku..

Abah,
Demi nafas yang kuhirup tiap saat
demi darah yang mengalir di setiap saraf
aku besumpah
Pastiku bela nasib kita
Akanku gembirakan dirimu
Bahagialah!Abah tercinta...

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..