Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 13, 2010

Home » » SAJAK BUAT GURU

SAJAK BUAT GURU





Guruku,
Tempoh 6 bulan akan berakhir,
Selama itu kau mendidikku,
Selama itu jua aku mengenalimu,
Mengenali sifat sabar,
Mendidik kami yang jahil,

Guruku,
Andainya dirimu mengerti,
Impian setiap orang adalah sama,
Namun,
Jiwa remaja mengatasi segalanya,
Aku sering leka dengan peranan,
Aku sering lupa dengan watak dan perwatakanku,
Aku lalai dengan tanggungjawab,
Dan aku hipokrit untuk memahaminya,

Guruku,
Aku mengagumi dirimu,
Dirimu umpama lilin,
Bakti yang kau curahkan,
Bak air mengalir,
Tanpa henti,
Terima kasih kuucapkan,
Buat insan bergelar....guru.

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..