Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 8, 2010

Home » » Al-TABARRUJJ

Al-TABARRUJJ



 التبرج Al-TABARRUJJ
Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan)


MUQADDIMAH
Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di
bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi
‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan
kecantikan rupa parasnya.” Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).
Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah
s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat
wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam
firmanNya yang bermaksud:

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”
  (al-Nur: 31)

bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia
bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.

Untuk bacaan sepenuhnya

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..