Harap Sudilah Follow

Sila Klick tanda sokongan kepada blog ini..




PENAJA UTAMA

July 1, 2010

Home » » Tajuk: Pembuangan Bayi Dalam kalangan Remaja

Tajuk: Pembuangan Bayi Dalam kalangan Remaja


1.0 PENGENALAN


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lainlain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.

Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik.

Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian. Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang

Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.



2.0 STATISTIK

Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah.

Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.

Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes.

Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008.

Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008. Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini.

Faktor keluarga, rakan-rakan, persekitaran, media massa dan media cetak merupakan faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. Tidak kurang ada segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada permasalahan tersebut. Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak merasakan bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan menganjurkan program yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak dalam masalah sosial terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf dan pembuangan bayi.



3.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.

Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada batasnya. Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar nikah.

Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung.

Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak. Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga. Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.

Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan.


4.0 CIRI-CIRI DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES PEMBUANGAN BAYI

Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kami dalam beberapa rujukan mendapati terdapat ciri-ciri tertentu bagi remaja yang terlibat dalam masalah pembuangan bayi. Antaranya terdapat kecelaruan identiti remaja.

Terdapat banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak. Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama.

Kedua pula ialah golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng. Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan yang tersasar. Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri. Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira larangan agama.

Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat benci pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat.

Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anakanak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia mutakhir sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.



5.0 KESAN-KESAN

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.

Kesan–kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri. Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja.

Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa.. Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan. Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan.

Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan. Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain.

Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang agama dan negara.

Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan . akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk bergaul dengan ornag ramai lagi.

Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa masa depan anakanak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai. Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara.

Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.



6.0 ANALISA/PERSONALITI

Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Personaliti yang dapat dilihat pada awal remaja ialah mereka akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal dan dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja.

Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. Manakala bagi akhir remaja, mereka ini akan cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa mereka. Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina dan melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat.

Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.

Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosialisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik dan buruk, betul dan salah.

Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.


7.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak .

Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku. Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu.

Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak.

Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatanperbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup.Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya. Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.

Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah Semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.



8.0 KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI

Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri individu. Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu. Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa lebih berkeyakinan dengan personaliti yang baru.

Personaliti merupakan suatu yang amat penting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang. Personaliti yang baik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila berada di sampingnya. Justeru, pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada seseorang. Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa dengan diri sendiri. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif seperti bersikap liar, mengamalkan pergaulan bebas, hidup tidak tenang.



9.0 SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL

Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa Melayu yang beragama Islam , maka cadangan yang disampaikan ini , lebih menjurus kepada penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam.

Sekiranya penyakit masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak langsung akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di komuniti mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini. Di sini digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan hanya memberi kesan negatif terhadap fizikal, jiwa dan minda mereka yang terjebak ke dalamnya, malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan masyarakat dan peradaban manusia. Selain masalah pembuangan bayi, terdapat masalah lain iaitu sumbang mahram, budaya gangsterisma dan vandelisma, penagihan dadah, keganasan rumah tangga, tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri merasa terkedu lidah untuk menyebutnya.

Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa hadapan bangsa dan negara, adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk satu Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik, jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung gejala sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat.

Pelan Tindakan Bersepadu ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga mengenal pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Antara perkara-perkara penting yang perlu diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan Bersepadu tersebut adalah seperti berikut :

1. MENGGERAKKAN KOMUNITI
Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau.

Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari , setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah.

Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan sebagainya.

2.. KEMPEN SOLAT
Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah pegangan
hidup. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah merupakan perkara keji dan mungkar.

Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah ianya membentuk masyarakat serta komuniti Islam. Betapa beratnya suruhan mengerjakan solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun, selagi hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip, selagi akal kita masih waras samada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring. Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak dari usia 7 tahun lagi.

Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam Pelan Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa, kempen solat di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen solat di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa kenderaan sendiri.

3. KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA
Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama dalam menangani penyakit masyarakat.. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya.

Dalam menangani masalah ini, jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM. Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya , kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa, penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya.

Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam. Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

4. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN
Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka yang berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya disegerakan. I

ni adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang hina. Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-anak muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka.

Apabila syaitan sudah menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya hanya naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan. Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa perkahwinan adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan berpuasa.

Dan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh hidup bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang diperkatakan, iaitu Islam itu adalah mudah. Sebagai menarik usaha golongan muda-mudi untuk berkahwin beberapa insentif boleh dikemukakan antaranya ialah kemudahan untuk mendapat pekerjaan, kemudahan untuk mendapat rumah kos rendah, saguhati perkahwinan dan sebagainya. Pihak masjid, surau serta badan sukarela juga boleh menimbang sekiranya perlu untuk menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.



10.0 RUMUSAN/KESIMPULAN

Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.

Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.



11.0 RUJUKAN

1. Utusan Malaysia (19-1-06) kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya oleh Dr Sidek Baba.
2. Al islam 1993 M.SURT 10-12 institusi keluarga islam semakin runtuh oleh Dr Hasyim Yahya
3. Al islam 1993 Pandai sembunyikan kandungan oleh Dr Mohd Amin Haji Ahmad Shariff,Ukm
4. Al islam 1993 media dan ketagihan seks oleh profesor Dr Hamid Arshat pakar perbidanan dan sakit puan
5. http://www.scribd.com/doc/18962653/HashimBedu2008KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga

No comments:

Post a Comment

Sila Klick tanda penghargaan daripada blog ini..